” Wow macam suara Ella lah kak.. ” – Netizen

Video Sharifah Shiera Menyanyikan Lagu Standing In The Eyes Of The World Raih Pujian Warganet. Ingatkan Ella Tadi, Suara Shiera Rupanya. Wah Sedap Lah Dengar !!

Meninjau di akaun Instagram milik penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi. Difahamkan video itu telah diulangsiar dari akaun Tik T0k milik Noraingitol.

Menerusi video tersebut, kedengaran Sharifah Shahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Shiera telah menyanyikan lagu In The Eyes Of The World nyanyian asal oleh penyanyi Ella. Shiera tidak keseorangan dan dirinya ditemani oleh seorang wanita yang turut berduet bersamanya.

Tulis Shiera di ruangan kapsyen yang suaranya sumb4ng dan berseloroh ‘menyanyi sampai nyanyuk nama dia’. Shiera juga sempat berterima kasih kepada wanita itu kerana sudi berkongsi video nyanyiannya.

Perkongsian video oleh Shiera telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada peminat Shiera mengatakan yang suara Shiera seakan seperti Ella.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, peminat berkongsi rasa suka setelah menonton video nyanyian Shiera. Antara komen menarik adalah :

” Wow mcm suara ella lah kak, boleh masuk gegar vaganza ni. Menang1s Ella dengar ni, haha.. “

Rupanya Shiera sebenarnya ada bakat dalam bidang nyanyian, merdu suara Shiera menyanyi lagu Ella. Untuk rekod, anak sulung Shiera, Allisya juga sangat berbakat dalam bidang seni suara seperti bapanya iaitu vokalis kumpulan Black D0g Bon, Jatt Ali.

Malah anak-anak Shiera yang lain seperti Airel, Airra dan Audra pula sangat meminati bidang muzik. Banyak video yang dikongsikan Shiera di akaun Instagram memaparkan anak-anaknya pandai bermain alat muzik dan mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy, Tik Tok Noraingitol

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..