” Cek Cik nak makan apa ni, baby nak order.. ” – Jebat Jayden

Video Gelagat Jebat Jayden Membuat Pesanan Makanan Secara Online Yang Mencuit Hati. Amboi Pandainya Jebat, Siap Nak Order Kat Youtube Dan Shopee. Lawak Lah Jebat, Hehe !!

Boleh dikatakan ada sahaja gelagat Jebat Jayden yang dikongsikan di media sosial meraih perhatian ramai. Jebat merupakan anak kepada Noor Nabila bersama bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad. Kebanyakan video-video Jebat ini dikongsi menerusi Instastory Nabila atau pun saudara maranya.

Terbaru di satu akaun Instagram, video Jebat cuba membuat pesanan makanan secara dalam talian telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Instastory salah seorang saudara Jebat di mana Jebat sedang berbual dengannya.

Dengan panggilan cik, Jebat bertanya ingin makan apa, sama ada burger atau pun nasi arab. Jebat menyatakan dia sudah membuat pesanan nasi arab bersama air oren. Wah, pandai ke Jebat membuat pesanan tu, hehe. Gaya tu dah ada.

Kemudian Jebat ingin membuat pesanan yang lain namun aplikasi yang dibukanya tadi sudah terpadam. Lalu, Jebat menyatakan ingin membuat pesanan menerusi Shopee pula. Ad0i, macam-macam betul Jebat ni.

Jom tonton video di bawah :

Jebat sememangnya seorang yang gemar bercakap. Kalau diajak berbual, ada sahaja perkara yang dibualkan olehnya. Kadangkala perbualan Jebat ini membuatkan ramai terhibur dengan cara percakapannya yang pelat.

Semestinya selalu melihat ibunya membuat pesanan makanan dan Jebat cuba men1ru. Jebat sememangnya gemar men1ru dengan apa yang dilihat di sekelilingnya. Kalau Jebat tahu cara untuk membeli online ni, mahu habis duit mummy, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi79, Jebat Jayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..