” Rina 1st time tengok salji, cute dah macam Teletubbies.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Anak Maryam You Narae, Rina Balik Ke Kampung Ommanya Di Korea Selatan Buat Pertama Kali. Wah Syok Rina Dapat Main Salji Lagi. Dengan Baju Tebal Tu, Dah Macam Teletubbies !!

Semenjak kembali ke Malaysia 2 tahun yang lalu, pasangan Youtuber Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman Maryam di Korea Selatan. Baik Maryam mahupun Ryzal sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Duriankimchijunior, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ryzal membawa Rina bermain salji. Rupanya Ryzal sekeluarga telahpun selamat pulang ke Korea.

Ini merupakan kali pertama untuk anak Ryzal dan Maryam iaitu Rina melangkahkan kaki ke Korea. Oleh kerana cuaca yang amat sejuk sekarang dan salji juga telah mula turun, Rina dipakaikan dengan baju winter tebal berwarna putih.

Seronok nampaknya Rina melihat salji yang menebal di sekitarnya itu. Ryzal pula membaling-balingkan salji ke arah Rina dan ini membuatkan Rina semakin teruja melihat salji. Semakin ger4m warganet melihat telatah Rina, sudah seperti Teletubbies lah Rina ni hehe.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” So Cute Rina Happy Holiday Di bulan Salji. First time balik Rina dah macam orang Korea.. “

” Woah Rina balik kampung, dah jumpa nenek belum tu. Bestlah Rina dapat main salji.. “

” Alahai comel Rina, so cute. Sesuai sangat Rina duduk Korea. So adorable in her winter clothings.. “

” Rina comel, mulut tu kiut betul. Rina dah macam teletubbies, best Rina main salji, muka excited tu.. “

” Wahhhh best terrr, nik yu rina so cute lah like a korean gegirl. Ee ger4mnya tgk budak kenit mata sepet ni.. “

” Rina 1st time tengok salji, comel sangat ni Rina. seronok rina balik kg mummy ye.. Comel sangat macam patunglah Rina.. “

” Alooo Rina baru sampai country omma yaaa, happy holiday Rina. pandai baby Rina layan salji.. “

Akhirnya Rina dapat juga berjumpa keluarga sebelah Ommanya. Tentu banyak lagi aktiviti akan dilakukan oleh Ryzal, Maryam dan Rina sepanjang berada di sini. Apa-apa pun, take care Rina dan semoga percutian ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Duriankimchijunir, IG Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..