” Wow amazing, cantik rumah Aisya, dah macam istana.. ” – Netizen

Datin Seri Umie Aida Kongsi Hobi Baru Beli ‘Rumah’ Buat Anaknya, Aisya Humaira. Fuhyoo Cantik Dan Besar Betul ‘Rumah’, Semua Serba Lengkap !!

Ramai sudah tahu bahawa, pada tahun lalu, primadona Datin Seri Umie Aida telah mengambil seorang bayi perempuan dijadikan anak angkatnya. Umie Aida dan suami telah sepakat memberikan nama bayi tersebut dengan nama Aisya Humaira. Comel betul anak kecil ini malah sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Keterujaan Umie Aida memiliki anak perempuan semestinya dapat dilihat di akaun Instagram miliknya dengan perkongsian gambar-gambar Aisha yang sering dihias dengan pakaian cantik-cantik. Malah dengan kehadiran Aisha menambahkan lagi seri rumah tangga buat Umie Aida dan suami.

Untuk rekod, selain Aisya Humaira, Umie Aida juga mempunyai dua orang lagi anak angkat lelaki yang sudah dewasa. Kedua-dua mereka, Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy juga telah dijaga oleh Umie Aida sejak kecil lagi. Malah baru-baru ini, anak sulung Umie Aida, Daniel telah mengikat tali pertunangan dan tidak lama lagi, Umie Aida bakal menyambut menantu.

Menerusi akaun Instagram, Umie Aida telah berkongsi satu video memaparkan hobi baru dirinya. Rupanya kini Umie Aida telah membeli satu set doll house untuk puteri tersayangnya, Aisya. Serba lengkap dan mewah kelihatan rumah tersebut meskipun ianya hanya sebuah permainan.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut teruja melihat perkongsian oleh Umie Aida itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Untung lah ada baby girl, kita heroes semua.. “

” Wow amazing.. Cantiknye umah Aisya Humaira.. “

” Wahh untung lah Aisya boleh kongsi hobi ibu.. “

” Tunggu Aisya besar sikit bru dia, pndai main.. “

” Klu mcm ni jgn kata ank2 yg main.. Mak2 tgk pun syok nk main barbie doll… Nak pulak ada partner dia si Ken tu… “

” Macam istana, cantik sangat tu, mesti Aisya suka.. “

” Bestnya tengok, saya pula jadi teruja, untung jadi kanak-kanak ni.. “

Memang menarik betul tengok rumah yang Umie Aida beli untuk Aisya ni, mesti Aisya suka kan. Untung betul Aisya, hobi baru Ibu dapat juga Aisya main. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Aamin.

Sumber : IG Umie Aida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..