” Makin cantik sekarang.. ” – Netizen

Wajah Terkini Pelakon Filem Heart, Acha Septriasa Cur1 Tumpuan Ramai. Wah Dah Ada Seorang Anak Rupanya, Semakin Cantik Dan Ayu Sekarang Ni !!

Masih ingat tak lagi akan pelakon wanita Indonesia Acha Septriasa yang terkenal dahulu. Namanya menjadi sebutan hasil gandingan bersama Irwansyah dan Nirina Zubir menerusi filem Heart dan lagu dendangan Acha iaitu My Heart berduet bersama Irwansyah turut menjadi lagu tema filem tersebut.

Pernah dikatakan menjalani hubungan cinta bersama Irwansyah namun kisah percintaan mereka tidak panjang. Masing-masing membuat haluan sendiri dan masih berkawan baik selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta. Sepanjang bergelar pelakon dan penyanyi, Acha juga turut mendapat pelbagai anugerah.

Pada tahun 2016, Acha telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Vikcky Kharisma. Majlis yang diadakan di Hotel Le Meridien, Jakarta itu turut dihadiri oleh seluruh keluarga bagi kedua-dua belah pihak. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Hasil tinjauan di akaun Instagram, Acha telah berkongsi gambar terkini dirinya bersama ucapan sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-75.  Ucapan Acha yang merupakan anak perantauan  kini menetap di Australia itu khas buat negera tercintanya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Alahai cantiknya Acha, nampak maintain je dari dulu. Antara komen-komen peminat :

” Cantik banget sih ka ga ngerti lagi.. “

” Bagus kebayanya… Sederhana tp elegen.. “

” Cantik pulak warna rambut niii and length dia.. “

” Seolah kembali ke masa muda pas syuting my heart yah kak.. “

” Suka sama Acha ibu ketika Acha main film heart .. “

” Makin cantik Acha sekarang ya,  muda !! “

” Mau like berkali kali kalo bisaaa , cantik.. “

Alahai cantik manis betul Acha. Tetap kelihatan seperti dulu, malah badan pun maintain cantik walaupun dah beranak satu. Meskipun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, Acha dilihat tetap menjaga penampilannya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Acha sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Sumber : IG Acha Septriasa, Portal H0t Detik

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..