” Wah sikit lagi salah orang tadi. Ingatkan gambar Neelofa lama, cantiknya sis.. ” – Netizen

Penampilan Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Mengenakan Hijab Raih Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Fazeera, Nampak Manis Sangat Berhijab !!

Nama Fazeera Nazri mula menjadi sebutan ramai apabila si cantik ini menikahi pelakon dan usahawan, Fizo Omar. Fazeera yang berwajah jelita ini kini telahpun bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Wan Khaleeda.

Personaliti Fazeera dan percakapannya yang selalu membawa aura positif menerusi video-video motivasinya membuatkan ramai warganet mengikuti media sosial Fazeera. Meninjau entry terbaru Fazeera di Instagramnya, telah dimuatnaik beberapa buah posting yang memaparkan Fazeera mengenakan hijab.

Dengan wajahnya disolek nipis, wajah Fazeera dikatakan oleh warganet semakin manis apabila bertudung sebegitu. Ada juga warganet yang menyangka ianya gambar lama Neelofa sebelum mengenakan purdah.

Seperti biasa, kapsyen Fazeera sarat dengan ayat-ayat yang memberikan motivasi serta inspirasi kepada semua pembaca. Bercerita tentang kegembiraan, banyak yang diungkapkan oleh Fazeera dan katanya semua perlu mencipta kegembiraan masing-masing.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen :

” Aaa cantiknya Fazeera pakai tudung, without makeup lagi cantik ni. Alhamdulillah i love this caption.. “

” Cantik sangat awak bertudung, semoga terbuka hati terus cantik begini. Semoga dipermudahkan segalanya.. “

” Cantik sangat sis pakai tudung. Sejuk mata memandangmu.. teruskan bertudung lawa dan anggun.. “

” Gembar pertama saya like sebab menutup aurat dengan sempurna. Lawa sangat wife Fizo ni.. “

” Kalau dah classy.. terserlah juga luarannya walau bertutup mcm mna sklipun. semoga istiqomah.. “

” Wah sikit lagi salah orang tadi. Ingatkan gambar Neelofa lama yang belum berpurdah. Cantiknya sis.. “

” Sya n0n muslim, tpi jujur dri hati .. Awk sgat cntik bila btudung. Lawa dan manis sangat begini.. Well phrased and spread the positive Vibes.. “

” Wow sangat cantik macam gadis Arab. Anggun bila bertudung, Fazeera pakai tudung 10000 kali cantik.. “

Walaupun penampilan ini untuk ke majlis perkahwinan, namun warganet tetap mendoakan agar suatu hari nanti Fazeera bakal berhijab dan istiqamah. Apa-apa pun, semoga Fazeera terus kekal positif dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fezyra Nesry

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..