” Ini wayang je, konon-konon kena p4ksa nyanyi.. ” – Elyana

Video Kej0tan Sempena Hari Lahir Suami Elyana Dan Hari Ulangtahun Perkahwinan Mereka Raih Perhatian Ramai. Wah Sweet Sangat, Siap Ada Nota Mengimbau Memori Lagi Pada Kek !! 

Baru-baru ini penyanyi, Elyana telah menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 12 tahun. Ulangtahun perkahwinan ini juga disambut bersama dengan ulangtahun kelahiran suami Elyana, Khairul Anuar Husin yang ke 47 tahun.

Meninjau ke akaun Instagram, Elyana telah membuat kej0tan untuk dua sambutan ini yang dirancang olehnya sendirian. Elyana mengambil masa selama 3 hari untuk memastikan apa yang dirancang olehnya berjalan dengan lancar.

Elyana membawa suaminya kononnya menghadiri majlis hari jadi anak kepada rakannya dan dip4ksa untuk menyanyi di majlis tersebut. Apabila Elyana dan suami masuk ke dalam dewan, semua tetamu memberi kej0tan kepada mereka terutamanya untuk suami Elyana.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Majlis tersebut dilihat sangat meriah dengan dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada Elyana dan suami. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah.. tahniah .. Happy Anniversary… moga kekal bahagia sehingga ke Jannah.. Aamiin.. happy tengok.. “

” Happy anniversary, Semoga panjang umur dan panjang jodoh hingga ke ujung nyawa.. sehat sentiasa bahagia, dicurahi rezeki yg berkat dan gembira bersama keluarga tercinta aamiin.. “

” Happy anniversary both of you el n husband . Semoga terus bahagia together till jannah .. tak mcm 47 but anniversary elyana dan suami.. “

” Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga hubungan kekal hingga ke syurga Allah. Aamiin ya rabbal ‘alamin.. Semoga kekal hingga ke syurga ..  “

” Selamat Ulang tahun perkahwinan ell & husben semoga kebahagiaan yang dikurniakan ini berkekalan hingga ke jannah InsyaAllah bersama keluarga tersayang.. “

” Happy Anniversary to you and husband Nana.. Sampai jannah insyaallah Aamiin. U r so sweet and romantic just like me.. “

” Happy anniversary kak elyana & suami, semoga bahagia hingga kekal ke jannah Aamiin. Tahniah dan semoga kekal hingga ke syurga Firdausi.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 12 tahun buat Elyana dan suami. Semoga jodoh Elyana dan suami berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..