” Patutla Dr Halina kata letih, riuh masing-masing. Super aktif, pengs4n maknya.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Majlis Sambutan Anak Kembar Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sheikh Eusoff Dan Sophea Amelia. Wah Cepat Dah 2 Tahun, Makin Comel Dan Banyak Ragam. Part Hadiah Motor Tu Lain Macam, Tertukar Tu. Hehe !!

Sekejap sahaja masa berlalu, sudah 2 tahun usia anak kembar angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Meninjau akaun Instagram Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, telah dikongsikan gambar dan video majlis sambutan hari lahir Eusoff dan Emelia. Sekalipun sambutan kecil-kecilan sahaja di rumah, suasana tetap meriah dengan telatah anak-anak pasangan ini.

Manakan tidak riuh, 6 orang anak bergabung pasti kec0h jadinya. Apatah lagi Eusoff dan Emelia sedang dalam tempoh membesar. Kata Dr Sheikh Muszaphar, usia sebegini kedua-duanya aktif dan segala benda ingin dilakukan.

Kecomelan wajah Emelia dan Eusoff juga menjadi perhatian warganet. Emelia kelihatan iras benar dengan Dr Halina. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu dan ayahnya handsome dan cantik, tentu anak-anaknya pun comel.

Jom baca perkongsian di bawah :

Kedua-dua perkongsian oleh Dr Sheikh dan Dr Halina ini meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Happy birthday baby’s. pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Rasa macam baby je lagi twin ni. Emelia so cute, Eusoff handsome boy.. “

” Happy Birthday Eusoff & Emelia. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, solehah dan berjaya dunia akhirat.. “

” Happy birthday Emelia dan Eusoff. Alahai nampak betul tak boleh duduk diam Emelia tu haha. Kesabaran yang tinggi betul ni.. “

” Ters1lap motor tu twin. Eusoff biru, Emelia pink patutnya hehe. Emelia mmg suka makan kek kan.. ada tempat ke nak letak toys dorang nie semua doc sheikh kat rumah.. “

” Was expecting comments about gender stereotyping.. who is riding on which colour scooter.. and I wasn’t disappointed.. “

” Happy burthday little angels Emelia dan Eusoff. semoga menjadi anak2 yg soleh solehah. amiin.. “

” Patutla Dr Halina kata let1h, tengoklah riuh masing-masing. Super aktif, mau tak pengsan maknya haha. Cutelah Emelia dan Eusoff.. “

” Emelia ni comel betul, sebijik muka dr halina. Eh eh, salah pilih motor ni haha. Lain macam kaler pilihan Eusoff dan Emelia ni. Anak yang cerdik ni.. “

Meriah betul ada anak ramai seperti ini, sambut sesama ahli keluarga pun sudah cukup menyeronokkan. Selamat hari lahir buat Eusoff dan Emelia daripada kami di Berita Kopak dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..