” Wah nak dapat baby lagi ke ? Tahniah Ayu dan Zaquan.. “- Netizen

Kongsi Video Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Isteri Tersayang, Ayu Raudhah, Namun Ramai Yang Perasan Zaquan Adha Ada Kongsi Foto Keputusan Ujian Kehamilan. Eh Nak Dapat Baby Baru Ke !!

Meninjau di akaun Instagram pemain bola sepak, Zaquan Adha menitipkan kata ucapan bersempena ulang tahun kelahiran isteri tersayangnya, Ayu Raudhah. Ucapan yang bersertakan video istimewa oleh Zaquan untuk Ayu itu telah menarik perhatian warganet.

Momen yang dirakamkan oleh Zaquan mengenai Ayu begitu indah dan kata ucapan terakhir Zaquan dengan menyatakan yang gambar terakhir yang dikongsikan olehnya itu hadiah yang tidak seberapa untuk Ayu.

Gambar terakhir yang dimaksudkan Zaquan dalam video itu memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusannya adalah ‘positif’ . Perkongsian oleh Zaquan tersebut seolah memberikan bayangan yang Ayu sekarang sedang hamil.

Perkongsian video ucapan selamat hari lahir daripada Zaquan buat Ayu telah menerima lebih 9 ribu tanda suka sejak ia dimuatniak ke akaun Instagram. Sweet je tengok ucapan last Zaquan, sempat lagi menyak4t Ayu, hehe.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Ayu dan mendoakan yang baik-baik buat Ayu. Antara komen- komen menarik adalah :

” Happy birthday Ayu. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah swt, bahagia dunia akh1rat,  wah baby baru is comingggg.. “

” Wah nak dapat baby lagi ke ? Tahniah Ayu dan Zaquan. Meriah lah lepas ni, bertambah lagi ahli baru.. “

” Sweettnyaaa, happy birthday aunty Ayu ku sayang, stay healthy and gojesss. Semoga Allah mudahkan urusan amal ibadat, dunia akhirat.. “

” Happy birthday n tahniah kak Ayu, sama birthday dengan ank. Meriahnyaaaa anak2 ramai, congrats both of u, bertambah lagi umat Nabi Muhammad.. “

” Happy birthday, tahniah new baby. Moga bertambah bahagia dan kekalkan kecantikan, Aamiin ya robbal alamin.. “

” Barakallahu fii umrikk Ayu, semoga jodoh u all berpanjangan hingga syurga Allah dan moga selamat menimang cahaya mata lg, inshaAllah. MashaAllah.. “

” Alhamdulillah rezeki Allah. Semoga kamu sihat bersama keluarga semua Aamiin. tumpang happy dengan good news ni.. “

Wah andai ianya benar, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Ayu dan Zaquan. Untuk sekadar info, pasangan ini mempunyai lima orang cahaya mata iaitu empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zaqone_08

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..