Gambar Terbaru Sherie Merlis Bersama Anak-Anaknya

Wah Anak Teruna Dua-dua Handsome, Yang Adik-Adik Pun Comel. Sherie Jugak Maintain Awet Muda !!

Pelakon bernama Sherie Merlis antara pelakon yang masih lagi bertahan sehingga ke hari ini. Sherie turut terlibat dalam filem box office Talbis Ibl1s yang ditayangkan beberapa bulan yang lalu dan bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat yang lain.

Jarang dapat melihat Sherie berkongsikan perihal peribadi di akaun media sosialnya. Meninjau akaun Instagram Sherie Merlis, sekeping gambar terbaru Sherie bersama 4 orang anaknya telah pun dimuatnaik.

Di ruangan kapsyen pula hanya emoji love sahaja yang diletakkan oleh Sherie manakala ruangan komen ditutup. Melihat kepada gambar yang dipaparkan kelihatan 2 iorang anak bujang Sherie iaitu Habib dan Harith.

Semakin meningkat dewasa, bertambah segak anak-anak teruna Sherie ini. Si kecil Kaseh dan Areef juga kedua-duanya comel macam mamanya. Di atas meja pula, kelihatan beberapa biji kek yang dinyalakan lilin di atasnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Untuk rekod, Harith dan Haris adalah anak hasil perkongsian hidup Sherie bersama pelakon Esma Daniel sebelum ini. Manakala Kaseh dan Areef pula hasil perkongsian hidup Sherie bersama suaminya sekarang.

Ceria dan bahagia sahaja Sherie apabila bersama permata-permata hatinya ini. Semoga kehidupan Sherie dan anak-anaknya ini dikurniakan nikmat rezeki dan kesihatan yang baik serta kegembiraan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sherie Merlis

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..