” Dayyan ni tak pernah tak kelakar lah, haha.. ” – Netizen

Video Black Hanifah Bersama Anaknya, Khaleef Dayyan Membuat Persembahan. Namun Gelagat Spontan Dayyan Buat Ramai Terhibur. Sekali Lupa Lirik Terus Suruh Daddy Sambung Yer. Lawak Lah Dayyan, Hehe !!

Anak kepada seorang penyanyi dikenali sebagai Black Hanifah ini sering sahaja mencur1 perhatian ramai dengan gelagatnya yang kelakar. Dayyan atau nama penuhnya Khaleef Dayyan turut memiliki peminatnya yang tersendiri.

Ada sahaja telatah Dayyan yang dikongsikan Black di sosial media membuatkan ramai terhibur apabila menyaksikannya. Terbaharu Black telah memuatnaik video yang memaparkan Black dan Dayyan telah mengadakan persembahan di khalayak ramai.

Kelihatan Dayyan seperti tidak segan dan penuh yakin ketika membuat persembahan tersebut. Dua beranak ini telah menyanyikan lagu duet terbaru mereka. Sekali lagi telatah Dayyan dalam video itu telah mengundang tawa ramai.

Ketika Dayyan menyanyi, Dayyan terlupa lirik dan dengan selamba Dayyan meminta Black untuk menyambung lagu tersebut. Sehingga kini video persembahan Black dan Dayyan telah menerima lebih 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video Dayyan dan Black ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dayyan ni tak pernah tak kelakar lah, haha. Dia s4uk mic sambil jalan je tau, hebat la yerkkk hebat la yerkkk.. “

” Wow terbaik Dayyan anak black hanifah ye dah besar dia kan. Tergelak aku bila dia suruh Black plk yang sambung nyanyi tu.. “

” Rancak tgk Black layan anak, dah boleh jadi geng. Semoga Dayyan jadi anak yang baik dan berjaya nanti.. “

” Hahahahaha lawak lah Dayyan ni, ada ja perangai lawak dia tu. Tapi terbaik lah memang berani lah Dayyan.. “

 ” Wahh dah buat persembahan dengan Daddy lah Dayyan. Sedap juga suara Dayyan, memang ikut bakat daddy ni.. “

” Jarang lah Dayyan tak buat hal, haha. Dayyan dah boleh join daddy buat show lah, terbaik lah Dayyan.. “

” Padu lah Dayyan pandai dia menyanyi, berani plk tu nyanyi depan2 orang ramai. Good job Dayyan.. “

Sekejap betul Dayyan dah besar, sekarang dah boleh buat persembahan dengan daddy lah. Anak sulung Black ini memang mewarisi bakat nyanyian daripada Black. Apa-apa pun semoga Dayyan terus membesar dengan sihat dan akan berjaya pada masa hadapan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG black.hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..