” Wah meriahnya sambutan, happy birthday anak merdeka.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Issey Fazlisham, Faaeq Fathian Yang Pertama. Wah Semua Tema Warna Kemerdekaan. Selamat Hari Lahir Si Comel Faaeq !!

Umum sedia maklum yang penyampai radio dan juga pelawak terkenal, Issey Fazlisham telah menamatkan zaman dudanya beberapa tahun lalu. Wanita pilihan Issey adalah kenalannya iaitu Aimi Jamel yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Bagi yang mengikuti perkembangan Issey di akaun Instagram nya, pasti mengetahui yang Issey seorang bapa yang sangat menyayangi anak-anak tir1nya. Malah keakraban Issey bersama anak-anak juga mendapat pujian warganet.

Tahun lalu, Issey dan Aimi telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Memilih nama sebagai Faaeq Fathian buat putera mereka, kini usia Faaeq telah pun memasuki 1 tahun. Terbaru, Issey telah memuatnaik video sambutan hari lahir Faaeq.

Untuk pengetahuan, tarikh lahir anak Issey ini adalah 31 0gos yang juga merupakan tarikh sambutan Hari Kemedekaan buat negara kita. Dilihat rakan-rakan penyampai radio dan ahli keluarga pasangan ini turut hadir memeriahkan majlis.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan hari lahir kepada Faaeq dan mendoakan kesejahteraan buat si kecil ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kejap je dah 1 tahun usia si comel ni. Wah meriahnya sambutan, macam2 tema warna. Happy birthday anak merdeka.. “

” Happiest of Birthdays Iyyen. Semoga terus menjadi anak yg soleh baik budi pekerti cerdik pandai bijak kaya berjaya dunia akh1rat & selalu dlm lindungan Allah swt.. “

” Happy birthday baby Iyyen, semoga membesar dg sehat jadi anak yang soleh berjaya d mase depan. Meriah betul majlis.. “

” Selalu tengok pekembangan anak u ,sebab sebaya dgn my boy, tarikh birthday pun sma,31 ogos 2021. Happy birthday Faaeq Fathia. Comel lah kek birthday boy.. “

” Comel sangat Iyyen. Happy birthday baby boy. Semoga diberi kesihatan yang baik, akal yang cerdas dan rezeki yang melimpah ruah.. “

” Happy Birthday Merdeka baby, aunty doakan semoga Iyyen membesar dgn sihat, cerdik dan soleh hendaknya. aamin.. “

” Happy Birthday Iyyen Emsem boy. Semoga membesar dgn sihat, bijak & jd kebanggaan mama & dedi.. “

Wah meriah betul sambutan hari lahir anak Issey. Pelbagai juadah menarik dan permainan disediakan buat kanak-kanak yang hadir. Apa-apa pun, selamat hari lahir Faaeq, semoga Faaeq terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG isseyfazlisham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..