” Wah meriahnya, dapat berkumpul dengan keluarga dari seberang.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Datuk Siti Nurhaliza Hadir Ke Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Cucunya, Arif Jiwa Serta Besannya Dari Indonesia. Wah Meriahnya Ramai Berkumpul. Part Tokti Menyanyi Lagu Birthday Untuk Besan Tu Comel Je !!

Apa sahaja kisah mengenai penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza pasti mendapat perhatian ramai. Bahkan, jika ada perkongsian terbaru daripada Datuk Siti sendiri atau pun ahli keluarganya di akaun Instagram akan menjadi perbualan warganet.

Meninjau di akaun Instagram milik Tya Afirin yang merupakan menantu Datuk Siti, telah berkongsi beberapa gambar dan video sekitar majlis sambutan hari lahir bapanya, Arifin serta anaknya, Arif dan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga mereka.

Terlihat dalam gambar tersebut, turut hadir bersama adalah Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid dan kedua anak mereka. Selain itu, ahli keluarga bekas isteri Datuk Khalid, Tengku Zawyah Tengku Izham juga hadir ke majlis itu.

Semestinya perkongsian pada kali ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji keakraban keluarga besar ini ketika berhimpun bersama. Sehingga kini, perkongsian gambar dan video sekitar majlis sambutan hari lahir bapa Tya telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian itu dan mengucapkan selamat hari lahir kepada bapa Tya dan anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Wah meriahnya majils. Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan keluarga dari seberang. Happy Birthday Ayah Pin n Arif.. “

” Alhamdulillah, bestnya dapat jumpa family. Meriah majlis, comel tengok Tokti menyanyi lagu selamat hari lahir tu, hehe.. “

” Alahai comelnya Aafiyah pakai tudung, best lah dapat berkumpul ramai-ramai. Semoga ikatan keluarga besar ini akan terus kekal baik.. “

 “Omg such a beautifull family Maasyaa Allah. Alhamdulillah, berkasih sayang kerana Allah. Happy Birthday Pak Arifin, Arif Jiwa n Tok.. “

” Ada mini Ctdk laaa chumil sgt Kak Aafiya. Yg Afwa tu tak tawla nk habaq apa lg, kal4h kuih pau. Ger4m paklang tgok sampai chium skrin.. “

” Salam ramadan Datuk Siti serta keluarga, alhamdulillah sempadan sudah dibuka, boleh lah berkumpul dengan keluarga tersayang.. “

” Untung dapat besan penyanyi suara sedap, hehe siap menyanyi special tu. Selamat hari lahir kepada bapa Tya.. “

Meriahnya majlis meskipun hanya ahli keluarga sahaja. Memang comel part video Datuk Siti menyanyi lagu selamat hari lahir tu. Apa-apa pun, semoga keluarga besar Datuk Siti ini akan terus kekal bahagia bersama. Selamat hari lahir kepada bapa Tya dan anaknya, Arif Jiwa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..