” Comelnya anak Issey, ikut muka mommy dia.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Issey Fazlisham, Faaeq Fathian Yang Kini Telah Berusia 7 bulan. Alahai, Comelnya Dia. Sebijik Muka Mommy Dia !!

Faaeq Fathian merupakan cahaya mata Issey Fazlisham bersama dengan isterinya, Aimi Jamel. Kini usia Faaeq yang mesra dipanggil Iyyen sudah pun mencecah 7 bulan. Terasa begitu pantas masa berlalu dan Iyyen sudah makin membesar.

Meninjau ke akaun Instagram, Issey ada berkongsi beberapa keping gambar terbaru Iyyen. Iyyen yang lengkap memakai T-shirt bertulis Adidas dan berseluar jeans pendek nampak begitu comel dan ‘bersemangat’ sekali.

Perkongsian Issey ini telah meraih perhatian ramai kerana Issey jarang sekali berkongsi gambar anak kecilnya itu. Ramai tidak menyangka usia Iyyen sudah 7 bulan kerana terasa seperti baru sahaja Iyyen dilahirkan.

Perkongsian ini telah  menerima lebih seribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Sekadar info, Issey mempunyai  tiga orang anak tiri iaitu anak menerusi perkahwinan isterinya, Aimi yang terdahulu.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Ramai menyatakan wajah Iyyen banyak mewarisi wajah ibunya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Comelnya awak. Banyak muka mommy ni, kulit putih melep4k. Rasa macam baru jer lahir.. dah besar dia.. “

” Tahu tahu dah 7 bulan ek. comel, muko serupa emaknya.. selamat berpuasa issey.. kejap jer dah besar baby.. “

” Wow, comelnya anak abang issey.. salam ramadhan al mubarakk.. alololo. bila nk jumpa issey junior ni .. “

” Bakpo comel ngat awk ehhh… Nok gig1t braso pipi tu.. Semoga membesar dgn sihat.. Salam Ramadhan isey isseyfazlisham.. “

” Allah.. besar dah ank issey…. comeiii diaa… ikut muka mammy dia. Bolehlah tambah lagi issey, bagi baby girl pula.. “

” Nampak muka mommy ni. Comel sangat.. Aishh u ni ank daro ngn jd mok bdk pn duk supo tulo jh dih aimi_jamel .. “

Alahai, comelnya baby Iyyen ni. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Faaeq Fathian membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta soleh serta berjaya di duniadan juga di akh1rat. InsyaAllah, amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Issey Fazlisham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..