Umpama Shah Jahan dan Mumtaz

Majlis Persandingan Farah Nabilah Bertema Bollywood Laksana Kisah Cinta Agung Dunia, Seteguh Taj Mahal. Wahhhh… Mewah Sangat, Ini Baru Wedding Of The Year !!

Siapa tidak kenal pelakon cantik jelita, Farah Nabilah. Mula dikenali menerusi drama Titian Cinta bergandingan dengan aktor kacak Zul Ariffin, namanya kian bersinar sebagai bintang baru di dalam dunia hiburan. Farah yang sentiasa bersih daripada sebarang kontroversi membuat kej0tan apabila mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya itu.

Tanggal 20 Disember 2019 menjadi saksi penyatuan dua sejoli ini. Menjalin hubungan cinta hampir 7 tahun lamanya tanpa dapat dihidu oleh pihak media. Majlis perkahwinan Farah dikatakan Wedding of The Year kerana megah dan mewahnya majlis-majlis yang diadakan untuk meraikan pasangan pengantin baru ini.

Terdahulu majlis akad nikah, majlis khatam quran dan malam berinai telahpun selesai dan semalam 28 Disember telah diadakan majlis persandingan yang memukau mata. Bertemakan Bollywood, Farah Nabilah dan pasangannya Amirul kelihatan tidak ubah seperti sultan dan permaisuri agung.

Menerusi akaun Instagram, Farah Nabilah telah memuatnaik gambar ketika masjlis persandingannya yang bertemakan Bollywood. Indah gah di pelamin singgahsana, dihiasi dekorasi dewan dan pakaian mengikut tema menjadikan majlis itu kelihatan sangat indah. Peminat hindustan betul Farah ni !

Jom tengok antara gambar persandingan Farah semalam :

” Bollywood Night of Amirul Yunus & Farah Nabilah.. “

Rata-rata peminat terpuk4u melihat kecantikan dan keindahan Farah dan majlisnya itu. Antara komen-komen peminat :

” Congrats dear Fawa.. Selamat Pengantin Baru to you & hubby.. May Allah Bless Uols Always.. “

” Mirip sangat orang bollywood.. “

” Sama cantik sama padan.. So sweet both of you.. “

” The makeup, the dress, the suit, the couple… Almost all perfect.. “

” Cantik… Lain dari biasa.. “

” Cantek nak mamp0s!.. “

” Cantiknyaaaaa fawaaa.. “

” Ini baru wedding of the year !!! Suka sangat korang. Cantikkk sangat.. “

Antara gambar- gambar lain yang dikongsi oleh Farah Nabilah di akaun Instagram miliknya :

Tersergam indah tak ubah seperti raja dan permaisurinya. Perkahwinan yang mewah menjadi penutup tahun 2019 yang indah. Wedding of The Year yang amat memuk4u. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru sekali lagi buat pasangan ini dan semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..