” Setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaan. Mereka ibarat keluarga baru… “

Kumpulan Bocey Membuat Kej0tan Kepada Yoe Parey Dengan Memberi Hadiah Yang Tidak Disangkakan. Wah, Terbaik Sungguh Lah Bocey !!

Baru-baru ini, Yoe Parey telah menjadi tetamu jemputan untuk beraksi bersama kumpulan Bocey di pentas suku akhir Maharaja Lawak Mega 2019. Umum mengetahui bahawa Yoe sering muncul dalam ‘ Drama Spontan ‘ terbitan Syahmi Syazli yang semakin popular di media sosial.

Kemunculan Yoe di pentas MLM 2019 sememangnya mengej0tkan penonton. Namun percaturan Bocey menjemput Yoe adalah langkah terbaik kerana berjaya menggamatkan suasana dan mendapat sorakan hebat daripada penonton-penonton.

Kumpulan Bocey telah menerima Anugerah Flamintoz Kumpulan Paling Syok dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000. Bocey berjaya menggunakan kelebihan Yoe pada malam itu dalam menghasilkan lawak-lawak spontan sehingga penonton tidak kering gusi.

Menerusi akaun Instagram, Achey telah membuat pengumuman bahawa kumpulan Bocey telah menyerahkan hadiah kemenangan tersebut kepada Yoe Parey. Perkara ini telah mendapat persetujuan oleh ketiga-tiga ahli Bocey sebagai tanda penghargaan kepada Yoe.

” Keajaiban… setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaan.. mereka ibarat keluarga baru… dengan persetujuan kami bertiga.. “

” Kemenangan malam itu kami serahkan kepada mereka sebagai penghargaan yang tak terbalas…@anissafaizul @syahmisazli @yoe_parey @asifsuhaimiii02 #bocey #sak1t..”

Rata-rata netizen memuji tindakan kumpulan Bocey menyerahkan hadiah kemenangan mereka kepada Yoe. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah.. semoga bocey jadi juara MLM nnt.. InsyaaAllah.. “

”  Rezeki dia org bos @acheykintangkintung.. “

” Semoga Achey ngn team Allah bagi juara.. berkat tlg menolong org kurang upaya.. “

” Alhamdulillah. Tahniah @acheykintangkintung #bocey . Semoga diberkati dan dilimpahkan rezeki InshaAllah.. “

” Good job brader @acheykintangkintung.. “

” Congrats BOCEY prap prap… niat kalian bertiga just 1 in a MILLION.. “

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Bocey kerana bermurah hati memberi sepenuhnya hadiah kemenangan kepada Yoe Parey. Semoga kumpulan Bocey berjaya sehingga ke pentas final Maharaja Lawak Mega 2019 nanti dan berjaya. All the best Bocey !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey, Syahmi Sazli by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..