” Sihat dah awak sayang. Comelnya.. Rasa nak peluk awak.. “

Ibu Adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Kongsi Video Dan Perkembangan Terkini Anaknya. Wah, Ainul Dah Makin Sihat Dan Bijak !!

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar khabar adik Ainul Mardhiah. Kali terakhir kisah Ainul dikongsi oleh ibunya, Nurul Erwani di akaun Instagramnya ialah pada 1 Disember yang lalu. Pada hari ini, Nurul Erwani telah berkongsi perkembangan terkini anaknya itu.

Terdahulu, Ainul yang menghidap ‘Germ Ce1l tum0r’ selamat menjalani pembed4han membuang ketumbuh4n seberat 200 gram pada 10 Jun lalu. Pembed4han tersebut mengambil masa selama lima jam dan dijalankan di United Kingdom.

Salah seorang doktor yang telah merawat Ainul ketika di United Kingdom ialah Doktor Amalina. Ainul kini sudah berusia 1 tahun 3 bulan. Walaupun perkembangannya agak lewat berbanding kanak-kanak lain seusianya, namun hari demi hari ada perubahan positif pada Ainul dan perkara ini amat menggembirakan ibu bapanya.

Menerusi akaun Instagram, ibu Ainul, Nurul Erwani berkongsi video terbaharu Ainul sedang menjalani terapi. Menurut ibunya, Ainul sentiasa berada dalam keadaan sihat. Semakin hari semakin banyak perkembangan diri Ainul dan beliau berasa sangat bersyukur.

Tonton video di bawah :

” Alhamdulillah. Ainul Mardhiah sentiasa dalam keadaan sihat. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Mama dan Walid tak ada pun Ainul boleh berdikari sendiri. Tak susahkan sesiapa pun.. “

” Anak yang sangat cerdik. Semakin hari semakin banyak improvement dari Ainul. Terima kasih juga kepada @gymcademy yang bantu Ainul dan tak jemu mengajar Ainul perkara perkara baharu. Maaf sebab lama sangat tak update kisah Ainul Mardhiah.. “

Rata-rata netizen gembira melihat perkembangan terkini Ainul dan berdoa agar Ainul terus sihat. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah semuga Ainul terus sihat wal’afiat. Aaminnn Ya Rabbal Alamin.. “

” Wah, tahniah Ainul dan ibu bapanya.. Moga terus membesar dgn sihat ye.. “

” Patut lah lama tk dgr kabar Ainul.. Ainul bz skang.. “

” Alhamdulilah.. Dh semakin sihat Ainul.  “

” Sihat dah awk syg.. Comelnya.. Rs nak peluk awk.. “

” Alhamdulilah.. Ainul dah pandai capai objek.. Pergerakan moto kasar dan halus.. “

” Tahniah Ainul.. Kami semua bangga dgn Ainul.. “

” Kuat jari dan tgn dia.. Good job Ainul.. “

Gembira dan seronok melihat perkembangan Ainul yang semakin baik dan positif. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ainul sentiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu serta semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Erwani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..