” Tunjuk muncung tu ger4m tengoknya.. ” – Netizen

Gelagat Comel Aqeef Anaqi Men1ru Gaya Karakter Kartun Mencuit Hati Netizen. Alahaii Part Muncung Tu Kenapa Cute Sangat Ni !!

Pasangan selebriti terkenal Amar Baharin dan isterinya Amyra Rosli sering berkongsi wajah comel putera dan puteri mereka di media sosial. Gelagat comel dan keletah lucu antara Aqqef Anaqi dan Ayra Aryssa sentiasa mencuit hati para peminat.

Wajah comel Anaqi ini dikatakan sangat seiras bapanya. Anaqi juga petah bercakap membuatkan peminat yang menonton video-videonya di media sosial menjadi ger4m bila melihat keletah comel bersahaja itu. Dalam video yang dikongsikan juga jelas kelihatan Anaqi seorang abang yang penyayang.

Sikap prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada adiknya Aryssa menjadikan Anaqi seorang abang yang bertanggungjawab. Bukan sahaja memiliki wajah yang comel, Anaqi juga seorang anak yang bijak dan pintar dan nampak berdikari.

Terkini melalui akaun milik keluarga mereka, satu video Anaqi telah dimuatnaik. Wajah comelnya yang mengikut reaksi wajah kartun sangat mencuit hati netizen. Jelas kelihatan Anaqi memiliki sifat yang sentiasa mendengar cakap dan menurut perintah.

Mari kita tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Sama x ? 😂

A post shared by AMYRAMAR'S FAMILY FANS (@amyramarr) on

Rata-rata netizen memberi komen setelah menyaksikan video ini. Antaranya :

” Mana sama, sebab anaqi comellll sangat.. “

” Ya Allah so cute la this little boy.. Meh jadi anak murid Teacher Emi.. “

” So cute anaqi. Smoga jdi ank yg soleh. Ble dh bsar nnti jge ibu ayh ngn adik anaqi. smoga jdi ank yg brjaya suatu hri nnti.. “

” Omel part muncung bibir. Hensemnye.. “

” Tunjuk muncung tu ger4m tgk nye.. “

Alahaii bijak sungguh Anaqi ni. Semoga Anaqi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Terangkan hatinya, panjangkan umurnya dan jadikan dia anak yang sentiasa mengutamakan kedua ibubapanya dan anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyramar’s Family

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..