” Can’t wait to see you, my baby.. ” – Emma Maembong

Kongsi Gambar Honeymoon, Emma Maembong Umum Berita Gembira Sedang Hamil Anak Sulungnya. Wahhhh Comelnya Baby Bump Tu, Dah Besar Perutnya. Tahniah  !!

Tanggal 20 Februari lalu menjadi detik bersejarah dalam hidup Emma Maembong. Selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pilot, Muhammad Shazli Azhar. Bijaknya Emma menyimpan rahsia sehinggakan ianya hanya diketahui ketika pada hari akad nikahnya.

Segalanya berjalan dengan lancar sekali. Dapat dilihat Emma gembira dengan kehidupan barunya bergelar isteri. Wajah mereka yang seiras itu bagai pinang dibel4h dua, sama cantik sama padan. Siapa sangka pertemuan di majlis hari lahir Uqasha akan berakhir di jinjang pelamin.

Banyak perkongsian tentang dirinya dan suami dikongsikan di Instagram untuk para peminat. Emma seorang yang periang dan berperangai gil4-gil4 selalu menghiburkan. Rupanya Shazli juga lebih kurang samanya dengan Emma, sekepala buat mereka sering nampak happy.

Menerusi akaun Instagram, Emma Maembong telah berkongsikan beberapa gambar honeymoonnya bersama suami. Apa yang mengej0tkan peminat adalah penampilan Emma yang sudah nampak baby bumpnya. Wah patutlah berseri-seri dah ada ‘isi’ rupanya. Alhamdulillah !

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Shazli juga dilihat turut sama berkongsikan gambar mereka bersama di akaun Instagramnya. Sweet betul !

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Pended4han Emma ini menggembirakan ramai peminat dan menarik perhatian mereka. Antara komen-komen :

” Emma dah ada baby ke. Aaaaaaa cutenya bakal mama ni.. “

” Yeay finally reveal. cant wait new born baby.. Tahniah Emma.. “

” Tahniah… patutla tgk satu video tu, perut emma macm berisi.. “

” Congrats !!! Emma & husband.. Baby PKP. Alhamdulillah. patot la berisi je.. “

” Ya Allah berseri nya, congrats emma n husband.. Alhamdulillah selamat ya Emma.. “

” Tak sabar. Mesti melepak and cute. Wah congrast sister emma.. “

” Tahniah emma.. mestila comel anak korang.. Alhamdulillah… tahniah emma & suami.. “

” Alhamdulillah tahniah emma_maembongofficial, patutla nmpak dlm gambar mcm berisi.. “

Diam-diam berisi Emma ni. Syukur atas kurniaan rezeki daripada Allah. Bertambah bahagia la Emma dan suami nanti dengan kehadiran si kecil. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan semoga Emma sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong, IG Shazli.a

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..