” Tu diaaa.. Nenek awet muda.. “

Amboiiii Che Ta, Dah Ada ‘Cucu’ Pun Tetap Vogue !! 

Siapa tidak kenal pelakon yang sentiasa kelihatan cantik iaitu, Rozita Che Wan atau nama sebenarnya, Rozita binti Abu Bakar. Beliau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dilahirkan di Alor Setar kedah pada 9 Mac tahun 1973 dan kini telah berusia 47 tahun. Tapi siapa yang sangka dengan bentuk tubuh dan raut mukanya kelihatan seperti di usia 30-an sahaja.

Selain pelakon, Che Ta juga memegang peranan sebagai model, ahli perniagaan dan pengacara. Beliau mempunyai tujuh adik beradik dan seorang adiknya, juga pelakon iaitu, Ayu Raudhah. Che Ta juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja pada tahun 1993/94 meskipun menarik diri  di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

Pernah berdepan dengan kegag4lan dalam perkahwinan terdahulu, beliau sekali lagi telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisysh Dhia Rana. Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Menerusi perkongsian di akaun instagram, Che Ta telah berkongsi gambar beliau yang sedang menjalankan penggambaran sebuah drama. Siapa sangka, menerusi drama tersebut, Che Ta telah membawa kelainan watak berbeza sebelum ini. Menerusi drama ‘ Family Spy’ Che Ta memegang watak sebagai nenek yang telah mempunyai cucu.

Ikuti perkongsian Che Ta di bawah :

” My family dalam #Familyspy .. anak , menantu dan cucu.. “

Rata-rata peminat terkej0t dan memuji Che Ta sangat cantik walaupun memegang watak sebagai nenek. Antara komen-komen tersebut :

” Tak kan lah watak mak tok.. “

” Awet mudanya nenek.. “

” Tudehhhhh nenek plg vogue.. “

” Tudia… anak, menantu, cucu.. yg paling vouge mak, maktok, mentua.. “

” Maktok segak & melet0p .. “

” Wow.. Happy family alhamdulillah.. “

” Tua pun segak .. “

” Dah jadi nenek pun tetap cantik .. “

Cantik betul Che Ta !! Berlakon jadi nenek  pun tetap melet0p, tetap segak Che Ta, awet muda betul nenek sekarang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mengucapkan selamat maju jaya buat Che Ta dalam bidang lakonan, dan mendoakan semoga Che Ta sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..