” Sump4h lawak weh dua orang nie. Masuk air betul !!! .. “

Aksi Lawak Mira Filzah Dan Fara Fauzana Menari Hindustan Di Set Dbilique Buat Netizen Ketawa Terbahak-Bahak. Amboiii Kemain Yer Mira Filzah Dan Fafau Berjoget !!

Nama Fara Fauzana dan Mira Filzah bukanlah nama baru di dalam dunia hiburan. Kedua-duanya mempunyai kehebatan dan aura masing-masing yang mampu membuatkan apa sahaja aksi mereka mendapat tumpuan dan perhatian peminat.

Mira Filzah yang terkenal sebagai pelakon hebat membuktikan kemampuannya dengan pencapaian cemerlangnya sepanjang tahun 2019. Memenangi anugerah pelakon wanita terbaik dan dinobatkan sebagai ‘Ratu Telenovela’ menjadi puncak kegemilangan karier seni Mira.

Manakala Fara Fauzana yang terkenal sebagai penyampai radio dan pengacara majlis ini sememangnya dikenali dengan celotehnya yang bersahaja dan mencuit hati. Mengacarakan rancangan hiburan Dbilique dengan penuh santai membuatkan rancangan itu menjadi salah satu rancangan kegemaran ramai.

Menerusi akaun Instagram Dbilique, telah dikongsikan sedutan video semasa Mira Filzah menjadi artis jemputan pada minggu itu. Yang melucukan adalah aksi mereka menari hindustan sampai pokok pun diangkatnya. Lawak la bila Fara bergabung dengan Mira, memang melet0p !!

Jom tonton video di bawah :

” Bukan hindustan kalau takde pusing-pusing pokok !.. “

” Tak ada pokok original, pokok plastik pun boleh laahhh @mfmirafilzah @therealfafau ! Kalau dah h4ntu Hindustan, maka, apa jadi ? Kemain eeehh Mira.. “

” Nak tgk selebihnya silalah ke YouTube Dbilique TV.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi lawak mereka ini. Antara komen-komen netizen :

” Sump4h lawak weh dua orang nie.. Masuk air betul !!! .. “

” Sempat lagi angkat pokok.. “

” Hadoiii Ia.. Mampuih dengan hangpa ni… Tak larat nak gelak dah.. “

” Hahaha alala comel baby sayang.. “

” Part ni yang lawak.. Boleh pulak si @mfmirafilzah tu terfikir pokok kat situ buat props.. #h4ntuhindustanbetullah.. “

” Hadoii. Pec4h perut gelak. Tapi comel jugak dia orang.. “

Gamat betul dengan h1lai tawa bila dua ratu miming ni bergabung. Memang menghiburkan hati dengan aksi spontan Mira dan Fara ini. Hilang segala kekusutan di kepala. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Mira dan Fara moga semakin success dalam kerjaya masing-masing. Aamin..

Untuk tontonan penuh sila klik di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dbilique, Youtube Dbilique by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..