” 5 baris skrip je pun macam nak hafal 5 helai muka surat, par4hnya.. “

Video Naqiu Sedang Menghafal Skrip Sampai Berkerut Dahi. Lirik Lagu Haa Tepok Senang je Nak Hafal, Skrip Drama Terus Ke Laut !!

Wan Naqiuddin bin Wan Najib merupakan bekas vokalis kumpulan Boboi yang popular pada awal tahun 2000 an. Beliau lebih dikenali dengan nama Naqiu dahulunya menjadi pujaan ramai gadis-gadis remaja seusianya. Kumpulan Boboi pada waktu itu sezaman dengan kumpulan Newboyz.

Naqiu mula menyepi dari dunia hiburan tanah air apabila beliau mempunyai banyak komitmen terhadap keluarga. Meningg4lkan dunia hiburan selama 12 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Naqiu menumpukan kepada kerjayanya sebagai penyanyi kelab yang merupakan punca rezeki pendapatannya pada ketika itu.

Pada tahun 2019, Naqiu dijemput menyertai Geg4r Vaganza musim keenam dan telah dinobatkan sebagai juara GV6 bersama-sama dengan Hady Mirza. Kemenangan ini telah mencipta sejarah buat kali pertama kerana memberikan dua orang peserta sebagai juara. Kini Naqiu mula berjinak dalam bidang lakonan.

Menerusi akaun Instagram, Naqiu memuatnaik videonya sedang menghafal skrip drama. Menurut Naqiu sangatlah sukar baginya untuk menghafal skrip berbanding menghafal lagu. Naqiu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama di samping pelakon, Scha Alyahya.

Tonton video di bawah :

” #BilaNaqiuBerlakon 5 baris skrip je pun mcm nak hafal 5 helai muka surat par4hnya. Ad0hhh lagu Haa Tepok senang je nak hafal, skrip drama terus ke laut ! “

Rata-rata netizen terhibur melihat cara Naqiu menghafal skrip. Antara komen-komen mereka :

” Hadoii pg2 dia da buat drama sendiri.. hafal skrip jgn notty2..  “

” Walaupun 5 baris, menyeks4kan, jgn tingg4lkn aku… jgn tingg4lkn aku…. aloloo… muke tuu.. “

” Hahaha mmg pun, bukan mudah berlakon ni.., lawaklah Naqui.. “

” Hafal Naqiu jgn tak hafal.. “

” Naqiu bolehhhh… !!! Lucu Naqiu ne… Hehe.. “

” Insya-Allah Naqiu boleh buat punya.. “

Pastinya ramai peminat Naqiu tidak sabar untuk menonton drama lakonan Naqiu. Semoga Naqiu dipermudahkan untuk menghafal skrip. Mungkin pada permulaan Naqiu berasa sukar untuk menghafal tetapi apabila sudah terbiasa pasti tidak menjadi masalah lagi. Good Luck Naqiu !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Naqiu by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..