” Tok Ti mar4h anak dia lembut macam gitu je.. ” – Netizen

Video Gelagat Muhammad Afwa Yang Tidak Sabar Untuk Terjun Ke Dalam Kolam Renang Buat Ramai Terhibur. Amboi, Afwa Ni Memang Suka Air Ye. Dapat Celup Kaki Pun Jadi !!

Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian video ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza tiba di Johor untuk konsertnya di sana telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan ketika Dato’ Seri Siti tiba di hotel mereka menginap.

Dato’ Seri Siti turut membawa kedua-dua anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Dapat dilihat kedua adik-beradik ini sangat teruja berada di sana terutamanya Afwa yang tidak sabar untuk bermain air di kolam renang.

Afwa yang berada di tepi kolam renang bersama bapanya, Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa dilihat hendak terjun ke dalam kolam. Namun sempat ditarik oleh Dato’ Seri Siti dan Afwa tetap tidak berput0s asa mahu juga masuk ke dalam air.

Afwa sempat mencelup tangannya dan kemudian kakinya. Wah, nampak tak sabar sangat tu Afwa nak mandi kolam. Ramai peminat yang ger4m melihat gelagat comel Afwa yang begitu teruja melihat air. Seronok sangat Afwa yer, tak sabar nak main air.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ada juga yang memuji cara Dato’ Seri Siti menegur anaknya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Selamat dtg ke JOHOR can’t wait live concert ctdk .. haha afwa hulur kaki je la dulu.. comelnya si afwa ni.. “

” Tok tie mar4h ank dia lmbut mcm gitu je no no.. kalau akuu.. hbis stu hotel tu dgr aku jer1t hahaha.. “

” Syabas Tok Ti seawal usia dah didik anak2 berpakaian sopan. Suka tengok pakaian Afiyah Gaun dgn seluar.. “

” Suara Tokti masih belum recovery.. tpi Cute hehehe.. Wow Muhammad afwa happy dapat air … best dapat Main air.. “

” Hensem boy nye afwa ni . ger4m.. Berani nya dia celup2 air gitu ehh.. laju je kan nampak air.. comel muhammad afwa.. “

” Sempat dia celup kaki.. comel sangat lah afwa.. haa basah dah kasut tu.. Boleh tau tak kasut mak iti. beli kt mne tu? “

” Afwa chubby so cute. Suke afwa yew tgk air.. Ayah afwa tak kose nk layan… lntak pi la nk main air… aku nk rehat, haha.. “

Tak sabar pula hendak melihat gelagat Afwa apabila dapat terjun ke dalam kolam renang. Bagus sangat Afwa ni, tidak meragam walaupun tidak dapat terjun ke dalam kolam. Semoga Afwa membesar menjadi anak soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Afwa Khalid, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..