” Terus rasa nak raya lah dengar otai otai menyanyi.. ” – Netizen

Video Nyanyian Lagu Raya Secara Live Daripada Jatt Ali, Junainah M Amin Dan Habibah Al-Jawaher Raih Perhatian Ramai. Wah Suara Otai-Otai Ni Maintain Lunak Merdu, Memang Legend Lah. Mengimbau Kembali Memori Raya Dulu-Dulu !!

Bagi peminat yang lahir sekitar tahun 80-an, pastinya lagu-lagu raya evergreen daripada penyanyi seperti Junainah M Amin, Habibah Al-Jawaher dan Jatt Ali Black D0g Bone menjadi antara lagu kegemaran ketika menyambut hari raya Aidilfitri.

Meninjau akaun Instagram Jatt Ali, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jatt bersama Junainah dan Habibah ketika menghadiri majlis High Tea menyambut Hari Seniman. Tulis Jatt, kedua-dua penyanyi ini diminta menyanyikan lagu raya mereka.

Junainah menyanyikan sedikit bait-bait lagu Suasana Riang Di Hari Raya. Manakala Habibah pula mendendangkan lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Jatt juga turut berkongsikan sedikit suaranya menerusi lagu Cahaya Di Aidilfitri.

Mendengar suara penyanyi-penyanyi lama ini, memang menaikkan mood puasa dan menyambut kedatangan Ramadhan. Semangatnya tu lain macam, almaklumlah sudah beberapa tahun sambutan Aidilfitri tidak dapat dirayakan dengan meriah kerana PKP.

Jom tonton video di bawah :

Suara emas ketiga-tiga penyanyi ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan untuk pembaca :

” Bestnya, semualah suara tetap merdu. Legends lagu dan penyanyi kegemaran dari dulu sampai sekarang.. “

” Alamak bestnya lagu lagu raya dari legend legend. Semua my idola, suara tak berubah langsung. Tetap lunak merdu dan menus0k kalbu.. “

” Wahh Otai masih berb1sa, we want more. Terus rasa nak raya lah dengar otai otai nyanyi lagu raya. Dari kecik dengar lagu-lagu ni.. “

” Living legends. Tiga-tiga saya minat dan salute. 2018 tgk Kak Jun nynyi live di JB. Suara dan performance masih power. Sama macam saya tengok dia perform tahun 70’an dulu. Respect.. “

” Penangan otai, macam nak raya esok dah ni. the best and always. Memang terbaik suara-suaranya. Alahai mengamit kenangan raya zaman budak budak dulu sangat.. “

” Suara live sungguh merdu macam recording la suara Habibah, Junainah dengan abang Jatt.. Legend yang tak akan pudar.. “

” Masih Power lah semua suara-suara penyanyi veteran Kita. Legends yang tak lekang dek panas tak luput dek hujan.. “

” Hebat legend legend kita. Tak puas dengar suara, merdu macam dulu-dulu jugak. Boleh datang rumah pagi raya tak nak suruh nyanyi je hehe.. “

” Wow macam original record la, sedapnya lah suara. Suara otai masih berb1sa, lagu raya lama lama jugak yang syahdu. Terus rasa nak balik kampung.. “

Seronok peminat mendengar suara-suara merdu ini, terus rasa nak raya jadinya. Apa pun, lagu raya evergreen memang sentiasa segar dan menjadi pilihan. Semoga ketiga-tiga penghibur ini dikurniakan kesihatan yang baik dan success selalu dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jattalibdbm, IG Junainahmamin, IG Habibahothmanaljawaher

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..