” Cantiknya Datin Shahida, saya nak tahu siapa model lelaki tu.. ” – Netizen

Muatnaik Video Ketika Jadi Model Iklan Shampoo, Perkongsian Oleh Datin Shahida Jadi Bualan Warganet. Ramai Yang Mencari Siapa Hero Iklan Tersebut. Ini Gerangan Jejaka Itu, Wow Kacak Orangnya !!

Meninjau di akaun Instagram milik isteri usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida Mohd Rashid, telah berkongsi satu video thr0wback yang memaparkan dirinya pernah menjadi model dalam satu iklan shampoo.

Namun tidak disangka, perkongsian video oleh Datin Shahida itu telah menjadi bualan warganet. Selain mengimbau kenangan, wajah hero iklan tersebut menjadi perhatian. Bahkan ramai yang mencari gerangan siapakah jejaka itu.

Menerusi beberapa komen, ada yang menyatakan yang nama jejaka itu adalah Adam Radlan. Meskipun pencarian di Instagram tidak kelihatan akaunnya, pencarian telah dilanjutkan ke akaun Facebook. Sehingga kini di akaun Facebook nama Adam Radlan antara pencarian popular.

Namun, rupanya masih ada lagi yang tidak tahu bahawa model gadis muda dalam iklan itu sebenarnya Datin Shahida. Malah Datin Shahida turut berkongsi cerita ketika bergelar model iklan, usianya baru 20 tahun. Sehingga kini video Datin Shahida menjadi model telah mendapat lebih 46 ribu tanda suka dan hampir 2 ribu komen sejak ia dimuatnaik di Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ramai yang memuji kecantikan Datin Shahida ketika muda. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ni lah punca saya nak pegang buku masa berjalan dkt u dulu, tp smpai hbs degree tk pernah jatuh buku, haha btw Datin memang cantik.. “

” Dulu ingat Wardina, rupanya Datin Shahida. Dulu & kini tetap cantik, so maksudnye yg pernah tengok tu semua dah berusia kan sekarang. Hahahahaha.. “

 ” Haha sanggup cari baju kurung hijau, sama color Datin masa ni sebab terpengar0h iklan ni, ad0ii kelakar lah kalau ingat balik.. “

” Saya nak tahu siapa model lelaki tu. Datin Shahida memang natural beauty, masa sekarang di usia yg semakin matang, kecantikan Datin Shahida semakin terpancar.. “

” Pernah mana hero iklan tu skrg ya, tgk iklan ni dlu trsenyum2 tgk tauuu suwitttt sgt dan iklan paling legend di UIAM.. “

 ” Seri0us laa ni Datin Shahida ke. Dulu saya suka iklan ni and admire dgn model iklan ni, sama cantik sama handsome.. “

” Sebab video la teringin nak masuk belajar kat u, kut2 jumpa jodoh kat library. Mengimbau kenangan betul iklan ni hahahaha.. “

Komen warganet tentang Adam Radlan yang mencur1 perhatian :

Gambar Adam Radlan pada tahun 2014 dalam satu mesyuarat, kredit ig Ekynabdulrahmanaim : 

Komen netizen yang mencu1t hati :

Menerusi akaun Facebook Adam Radlan, hanya terlihat gambarnya pada tahun 2016 dan dikatakan Adam Radlan sekarang merupakan salah seorang usahawan yang berjaya. Apa-apa pun Datin Shahida memang cantik lah semasa muda, patutlah Dato’ Aliff Syukri suka sangat dekat Datin. Di sini kami turut berkongsi gambar Adam Radlan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Shahida Mohd Rashid, Ekynabdulrahmanaim, FB Adam Radlan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..