” Teringat scene Sembilu 1 dan Sembilu 2, kelakarlah.. ” – Netizen

Video Sedutan Babak Lakonan Dato’ Awie Dan Erra Fazira Bercakap Dalam Loghat Negeri Sembilan Buat Ramai Terhibur. Ad0i Syok Dengar Dua-Dua Cakap Bahaso Nogori. Part Awie Mengorat Erra Tu Kelakar, Haha !!

Meninjau ke akaun Instagram Erra Fazira, perkongsian video sedikit sedutan babak drama lakonan Erra bersama Dato’ Awie telah membuatkan ramai terhibur. Tidak dapat dipastikan judul drama tersebut tetapi Erra dan Awie bercakap dalam loghat Negeri Sembilan.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memapar Awie dan Erra sedang bercakap dalam telefon. Awie cuba memikat Erra namun cara komunikasi mereka telah membuatkan ramai terhibur. Ad0i, memang buat tersengih seorang lah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 8 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Ramai memuji sikap Erra dan juga Awie yang boleh kekal sebagai kawan baik walaupun mempunyai kisah silam bersama.

Sejak dari muda lagi Erra dan Awie sentiasa digadingkan bersama dalam drama mahupun filem. Namun kini apabila digadingkan bersama, Erra dan Awie lebih kelakar berbanding dahulu dan lebih kepada drama yang serius.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur menonton babak drama ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Erra dan awie tak dpt dip1sahkan.. who know kan in the future still blh kawan baik.. yg penting hati masing2 dah ikhlas n redho… bestnya.. “

” Alahaiii kita pun sonyum dr awal smpai habis videoo… Rindu lakonan k.erra n tokwi.. haha, senget betul lah dorg berdua.. “

” Alaa kak era… teringat sembilu.. dikala abg awie hensem ganteng lagi.. Wehhh aposal den nengok mcm ekau yo perang4iiiii eh.. “

” Alaaaa comeynya.. Gini gattei bercinta.  rindu lakonan cam dolu².. Ad0h awie tak kono bonar eh.. ayolahai… capo la org yg boruntung tu yo, umanggai.. “

” Rasanya aku tgh balik zaman sek rendha lakkk.. Senyum ja aku.. tak berenti dari mula sampai habis.. Teringat scene sembilu 1 dan sembilu 2, kelakarlah.. “

” Kenape aku snyum sendiri ni ? Smpai tflashback cerita sembilu.. bila kak erra dan tok awie nak blakon lgi.. ad0i rindu nengok.. “

” Halah.. halah syomel nya…. hahahaha.. totap kolako yo.. pandai deme buek bideo ni.. Takleh ke tolong lemp4ngkan dedua tu kemain menggeletis lak eyyyy hahaha.. “

Sikap professional Awie dan Erra ini sangatlah dipuji. Masing-masing sangat bersikap positif dan boleh bekerjasama dengan baik sehingga kini. Agaknya apa judul drama di atas ye. Macam seronok pula untuk menontonnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..