” Terang dia baca pada tahap umur dia. Hebat.. “

Baru Berusia 2 Tahun, Anak Jovian Mandagie Iaitu Jeanelle Nika Sudah Lancar Membaca Surah Al-Fatihah. MasyaAllah, Terang Hati Sungguh !!

Jeanelle Nika Mandagie merupakan anak kepada pereka fesyen terkenal Malaysia, Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri iaitu kakak kepada penyanyi, Dafi. Jeanelle merupakan satu-satunya anak mereka yang dilahirkan pada 1 November 2017.

Seperti pasangan selebriti lain juga, Jovian dan isterinya turut mewujudkan akaun Instagram anaknya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 132 ribu orang pengikut. Akaun tersebut telah diwujudkan oleh pasangan berkenaan sebelum kelahiran Jeanelle lagi.

Jovian mempunyai Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan dari Universiti LimKokWing merupakan pereka fesyen pertama yang mengetengahkan pakaian sedia dipakai menerusi jualan dalam talian Zalora dan FashionValet. Beliau begitu mengidolakan pereka Valentino dan Lee Alexander McQueen.

Menerusi akaun Instagram, Nina berkongsi video anaknya, Jeanelle membaca surah Al-Fatihah. Apa yang menarik perhatian netizen ialah kelancaran Jeanelle membaca surah tersebut pada usia baru mencecah 2 tahun. Begitu terang hati Jeanelle.

Tonton video di bawah :

” You’re my biggest blessing @princessmandagie . Good night boo. Thanks @peteranakindergarten and well done, at the age of 2 Jeanelle has actually memorised quite a number of doa and surah. I’m a happy mommy.. “

Rata-rata netizen memuji kebijakan Jeanelle yang baru berusia 2 tahun sudah boleh menghafal surah Al-Fatihah dengan begitu lancar. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah syukur, princess J dah boleh hafal surah al-fatihah. Clever girl.. “

” Pandainya budak comel ni.. “

” Pandainya dia… Lancar bacaannya.. “

” MasyaAllah terang hati ni.. Anak genit dan baik hati.. “

” Lancar bacaan dia.. Such a sweetheart.. “

” Terang dia baca pada tahap umur dia .. Hebat.. MasyaAllah.. “

” Ya Allah.. Pandai dia hafal.. Bijak.. “

Tahniah diucapkan kepada Jovian dan Nina kerana berjaya memberikan didikan yang sempurna kepada anak mereka. Semoga Jeanelle Nika membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nina Ismail Sabri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..