” Penari latar kat belakang tu comel.. “

Heliza Helmi Kongsi Video Ibu Dan Bapanya Menari Menarik Perhatian Netizen. Wah, Sporting Habis !!

Penyanyi kecil molek iaitu Nur Heliza binti Helmi atau lebih dikenali sebagai Heliza Helmi merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Beliau adalah salah seorang daripada 16 calon yang terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia.

Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang kuat memperjuangkan isu ummah. Hal ini memberikan banyak inspirasi buat masyarakat sejagat. Semangat Heliza untuk memperjuangkan isu-isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan melihat sendiri keadaan di Gaza,  Palest1n pada tahun 2012.

Selain isu Gaza, Heliza juga memperjuangkan isu Syria. Heliza juga turut dilantik sebagai duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti NGO yang lain seperti Muslim Care,  MAPIM dan banyak lagi. Semangat seperti Heliza ini harus dipuji.

Menerusi akaun Instagram, Heliza berkongsi satu video. Video yang berdurasi selama 30 saat itu menunjukkan Hazwani iaitu adik Heliza menyanyikan lagu masyarakat Sabah. Apa yang menarik perhatian ialah ibu dan bapa mereka turut sama menari. Sporting habis mereka !

Tonton video di bawah :

” FOKUS BELAKANG TU.. Tinggi tinggi gunung kinabalu, Tinggi lagi SAYANG SAMA KAMU, Biru biru hujung kinabalu, Tengok dari jauh, HATI SAYA WINDU. Siapa pernah dengar lagu ni? “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga ini. Betapa sportingnya ibubapa Heliza. Antara komen-komen mereka:

” Perati ja si abah nya tu.. “

” Ya Allah mama abah comel je.. sorry Ija mama abah dh take over keunikanmu.. “

” Sporting habis yg belakang.. “

” Penari latar kat belakang tu comel.. “

” Cute nye back up dancer tu comei bangattt deh.. “

” Pastinya org akan fokus kat belakang tuu jehh.. “

” Masyallah sporting abis parents dia.. “

Alahai, comel sangat backup dancer kat belakang tu. Seronok rasanya apabila ibu bapa turut mengikut rentak anak-anak. Kepada Heliza, teruskan perjuangan anda tentang isu-isu sejagat. Semoga segala urusan yang dirancang dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Heliza Helmi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..