” Siapa paling kayu berjoget kali ini ? “

Dato’ Aliff Syukri Mengidam Nak Berjoget Bollywo0d Sebelum Datin Shahida Bersalin. Alahai Comey Pulak Tengok Mereka Menari. Tapi Part Yang Ameena Terpinga-Pinga Tu Memang Kelakar !!

Siapa tidak kenal akan pasangan usahawan ini, iaitu Dato Aliff Syukri serta isterinya, Datin Shahida Rashid. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Ammar Ahyan, 11, Qadejah El Zahra, 9, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff Al-Qardawi, 1.

Meraka juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang bernama, Ameena yang berusia dua tahun. Pasangan ini memiliki hobi yang sama iaitu suka memasak. Sering kali memuat naik video mereka memasak menerusi laman media sosial.

Selain itu juga,  mereka berdua merupakan pengasas kosmetik yang berjenama D’herbs. Bermula meniaga dari awal perkahwinan mereka telah mengajar erti susah dan sekarang, meraka adalah antara usahawan yang berjaya di Malaysia.

Datin Shahida kini sarat mengandungkan anak yang kelima. Dijangka melahirkan anak pada pertengahan Disember ini. Mempunyai anak yang ramai adalah idaman pasangan ini. Namun, Datin Shahida terdahulu pernah kegug0ran seorang bayi dalam kandungannya apabila mengetahui beliau telah mengandungkan anak kembar.

Menerusi instagram milik Dato’ Aliff Syukri, beliau telah berkongsi satu video dimana beliau bersama-sama isteri Datin Shahida menari bertemakan lagu Bollywood. Dato’ Aliff juga berkata, beliau sebenarnya mengidam untuk menari sebelum isterinya bersalin. Keinginan tersebut telah dituruti oleh isteri beliau.

Baca perkongsian Dato’ Aliff dibawah :

Siapa paling kayu berjoget kali ni?? cer komen di bawah..

” Adakah @aliffsyukriterlajaklaris ?? @yusoffalqardawi_terlajaklaris atau @shahidadherbs ?? hahaha .. Sebenarya abang mengidam nak joget bollywood sebelum nak bersalin.. Walaupun isteri abang mal4s nak layan tapi demi abang dia ikutkan juga..”

” Dia kata takpelah dia layankan je lah sebab dari abang menari dengan isteri lain.. Hent4m sajalah .. Melihat video lebih panjang lagi dan kemas korang boleh bagi dekat YouTube tv Telajak laris sebab video ni abang edit guna handphone sahaja.. “

Rata-rata peminat terhibur akan video yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff Syukri. Mereka juga terhibur dengan gelagat Ameena yang terpinga-pinga melihat semua orang sedang menari. Antara komen-komen netizen :

” Romantic nya dato.. Best nya datin dapat dato.. Dato serba serbi perfect… Gentle habiss.. Datin pun tiada kurangnya.. Memang wow dan meletop.. “

” Meena tu comel jeeeee.. Pelik tengk mama n abah dia.. “

” Meena kate.. Kenapa semua menari.. Terlebih mkan vitamin agaknya..”

” Dato n datin memang best.. “

” Caption Dato.. Isteri mane sanggup tengok suami dia menari dgn org lain Dato.. “

” Redhaaa jelah datin melayan.. “

Wowww terhibur melihat gelagat semua menari. Comel sahaja tengok Dato dan Datin menari dah macam hero heroin Hindustan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Datin Shahida dipermudahkan urusan untuk bersalin. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Aliff Syukri by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..