” Tak boleh law4n drama 7 Hari Mencintaiku 2.. ” – Netizen

Promosi Drama Terbaru Pengantin Satu Malam, Netizen Bandingkan Dengan Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Ini Respon Fizo Omar, Bertabahlah Abe Joe !!

Dem4m drama 7 Hari Mencintaiku 2 (7HM2) masih belum reda dari jiwa penonton setianya. 33 episod siarannya menyaksikan drama ini trending dan mendapat jutaan tontonan. 7HM2 melabuhkan tirainya Isnin lalu dan kini slot Akasia TV3 itu digantikan dengan drama baru berjudul Pengantin Satu Malam.

Drama ini yang mendapat sentuhan pengarah drama Pujaan Hati Kanda, Eoon Shuhaini pasti menjanjikan kepuasan di hati penonton. Membariskan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Fizo Omar antara yang sering mempromosikan drama baru lakonannya ini di laman Instagramnya. Fizo yang membuat comeback semula ini semakin menjadi pilihan ramai pengarah. Bergandingan bersama Nazim, dua duda h0t yang pasti menjadi igauan peminat.

Menerusi akaun Instagram, Fizo telah berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan Fizo berada di set drama di h0spital bersama Nazim, Amelia, Mustafa Kamal dan Susan. Ini adalah salah satu babak dalam drama baru lakonan mereka itu yang kini masih lagi dalam penggambaran.

Jom baca perkongsian di bawah :

Pelakon senior bergabung dengan muka baru, pasti menarik hasilnya nanti. Ini menarik perhatian ramai dan antara komen-komen peminat :

” Best smlm tgok episod pertama rasa nk tgok lagi hari nih.. yeayyy.. “

” Semoga semua yg d sna sllu dlam keadaan sehat n baik… Dan Smoga apa yg d persembahkan berjaya dan mmberi ssuatu yg baik.. “

” Episod 1 dh gempak do , jadi nak tahu apa la nasib gf nazim tu harini.. “

” Dah tengok episode semalam bestpukul 6.30ptg dah terpacak depan tv.. “

” Best dh tgk semlm.. jalan cite menarik.. tak sabar nk tgk eps 2 ari nie.. “

” Da tengok episod semalam best. Dan pasti akan sentiasa tengok.. “

Namun ada juga komen daripada seorang netizen yang membandingkan drama ini dengan 7HM2. Fizo lantas memberikan responnya :

Komen Fizo turut mendapat sokongan daripada netizen lain :

Lain padang lain belalang, setiap karya pasti ada keistimewaannya tersendiri. Bak kata Fizo mereka ada mesej tersendiri untuk disampaikan kepada penonton. Apa pun, semoga Fizo dan seluruh team Pengantin Satu Malam terus berjaya dan drama ini akan trending di semua platform. Jangan lupa episod 2 jam 7 malam nanti. Stay tune !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..