” Depa dua orang ni nanti tup tup terus kawin.. ” – Netizen

Hael Husaini Respon Desas Desus Bakal Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah. Wah Jawapan Hael Tu ‘Sesuatu’ Sangat Tau. Ada Kej0tan Untuk Haeyang Ke Tu. Jeng Jeng Jeng !!

Nama penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini bukan nama asing lagi. Baik Dayang mahupun Hael, mereka punya pengikut tersendiri yang membolehkan populariti mereka bertahan sehingga kini. Kedua-duanya masih single dan kelihatan akrab bersama.

Keint1man mereka mula dihidu peminat setelah menjadi pasangan duet. Keserasian dan chemistry yang wujud buat mereka selesa bekerjasama. Walaupun Dayang dan Hael tidak pernah mengesahkan status hubungan mereka, peminat sentiasa mendoakan semoga mereka berjodohan.

Hael baru sahaja keluar dengan single barunya berjudul ‘Bujang’. Istimewanya untuk video muzik lagu ini, Dayang turut terlibat dan ini semakin menguatkan tanggapan peminat bahawa mereka bercinta. Jawapan Hael ketika ditemubual di stesen Suria FM tentang akan terus bersama Dayang membayangkan mereka ada hubungan istimewa.

Meninjau akaun Instagram Eastzue, telah dikongsikan keratan akhbar tentang respon Hael tentang kontr0versi terkini yang mengatakan dia bakal bertunang dengan Dayang. Hael yang tidak mahu memberi komen lanjut cuma memberitahu jika ada yang sudi pasti dia akan bertunang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Liputan ini mendapat perhatian peminat lagi-lagi penyokong ‘Haeyang’ . Antara komen-komen mereka :

” Bahay4 apanya Hael. Bagitahu awal-awal , boleh kami main kutu beli hadiah besar sikit.. “

” Depa dorang ni nnti tup2 trus kawin.. “

” Mana tau tup2 keluar jer dlm ig sndri mcm syamel ngan ernie… sweet surpr1se gituuuu.. “

” MENAFIKAN …ye la tu.. tau ii nnti kawin je. melet0p gitu.. “

Menurut laporan Harian Metro itu, Hael menyifatkan ianya soalan yang agak ‘bahay4′ untuk dijawab. Hael amat berhati-hati dalam memberikan komen balasnya terhadap semua soalan berkaitan hubungannya bersama Dayang itu. Bak tajuk lagu Dato’ Siti Nurhaliza, biarlah rahsia.

Apa jua yang terjadi, samada benar atau tidak mereka sedang dilamun cinta dan bakal ke fasa seterusnya, peminat pasti mendokong penuh keputusan mereka. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat ‘Haeyang’. Kami di Berita Kopak berharap agar Hael dan Dayang sentiasa maju jaya dalam kerjaya dan gembira selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayang Nurfaizah, IG Eastzue, Portal Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..