” Rezeki Allah, seperti yang diimpikan, Alhamdulillah.. ” – Netizen

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Umum Jantina Anak Kembar Yang Bakal Dilahirkan Nanti. Wahh Bertuahnya, Cantik Aturan Allah. Tahniah Dr. Sheikh Dan Dr. Halina !!

Sebelum ini, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar telah mengumumkan bahawa isterinya telah berbadan dua. Malah perkhabaran pasangan ini bakal sekali lagi menimang cahaya mata kembar sangat mengembirakan rakyat Malaysia. Perkongsian tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina menerusi akaun Instagram.

Menerusi posting terdahulu, Dr. Sheikh Muszaphar begitu teruja untuk sekali lagi untuk menimang cahaya mata. Namun, dalam masa yang sama juga, Dr. Sheikh turut r1sau akan kesihatan isterinya kerana hamil anak kembar merupakan sesuatu yang agak rum1t dan memerlukan penjagaan yang rapi memandangkan kini Dr. Halina merupakan barisan hadapan untuk merawat pesak1t Cov1d- 19.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama selama 10 tahun.  Dua cahaya mata mereka merupakan perempuan iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Terkini, Dr. Sheikh Muszaphar sekali lagi telah berkongsi berita gembira kepada umum mengenai jantina bayi kembar yang bakal ditimang oleh isterinya di akaun Instagram. Sebelum ini ramai yang meneka pasangan ini bakal menimang sepasang anak kembar. Tekaan para warganet akhirnya tepat setelah Dr Sheikh berkongsi gambar jantina bayi.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen begitu teruja dan turut mengucapkan tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar serta pasangannya. Antara komen-komen tersebut adalah :

 ” So Tasha was right when she said she’s gonna have another sister.. “

” Alhamdulillah.. Bestnya dpat sepasang twins.. Nampaknya misi nak ada 10 anak akan tercapai nanti.. “

” Ya Allah… Bestnya dpt twins !! Congrats brother.. Alhamdullilah congratulations to you and wife doc.. “

” Masya’allah tabarakkallah… Semoga dipermudah kan Allah hendaknya.. “

” Congrats Dr. MashaAllah… Wah bestnyaa dhla twin pair pulak tu .. “

” Tahniah dr.. Bestnya dpt sepasang. Mine both boys.. Rezeki beliau. Cukup 3 girls n 3 boys.. Tahniah ! “

” Alhamdulillah… Tumpang excited dgr.. Cantik aturanNya.. “

Alhamdulillah, tumpang gembira dengan berita ini. Tahniah Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina atas perkhabaran ini. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dr. Halina sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan ini, dan segala urusan dipermudahkan nanti. Aamin.

Sumber : IG Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..