” Still cannot move on laa dengan wedding Mira, lots of love.. ” – Netizen

Video Behind The Scene Sebelum Majlis Perkahwinan Mira Filzah Yang Tidak Ditayangkan Kepada Umum Sebelum Ini. Part Reaksi Mira Kali Pertama Tengok Baju Pengantin Tu Paling Comel, Sampai Nak Nang1s !!

Berakh1r sudah majlis perkahwinan Ratu Telenovela, Mira Filzah yang penuh gilang gemilang. Mira memilih Wan Emir Astar sebagai teman hidupnya dan tarikh 3 September menjadi tarikh keram4t penyatuan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Majlis akad nikah menyaksikan Mira anggun dalam busana kurung Pahang karya Rizman Ruzaini. Dihiasi puluhan ribu jemeki dibajunya ini, Mira kelihatan sopan dan ayu sekali. Banyak coretan indah sepanjang malam akad nikah ini yang menjadi kenangan indah untuk pasangan ini.

Bagi majlis resepsi pula diadakan sebanyak 2 kali iaitu di Le Meridien, Putrajaya dan A-Park, Puchong. Kedua-duanya menampilkan tema yang berbeza dan cukup ekslusif. Mira mengenakan busana daripada Fiziwoo untuk resepsi pertama dan Ricorinaldi untuk resepsi kedua hari ini.

Meninjau akaun Instagram Illusionist Studio, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan di sebalik tabir sebelum majlis perkahwinan Mira. Bermula daripada berjumpa designer baju pengantin, meeting bersama wedding planner dan food tester dipaparkan. Reaksi Mira yang teruja ketika melihat gaun resepsinya hasil tangan Fiziwoo juga turut diselitkan bersama dalam video ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini menghiburkan rata-rata peminat setia Mira. Antara komen-komen mereka :

” Nape aku senyum sorang-sorang tengok.. “

” So sweet, banyaknya meeting before kawen.. ” 

” Suka lah tengok Mira dengan Emir gelak sama sama, sweet.. “

” Eeeee comell nyaa. Love this lots of love.. “

” The video is flawless. Ending tu padu, good job.. “

” Still cannot move on laa dengan wedding mira. Family2 dia pon cute masing2 mnguruskan, cantiknya smuaaa.. “

Bila semuanya bekerjasama, hasilnya memang owesome dan membanggakan. Kemeriahan ketiga-tiga majlis Mira bermula daripada akad nikah sehinggalah ke majlis resepsi terakh1r buat peminat masih tidak boleh move on. Apa pun, tahniah buat semua yang terlibat sepanjang kerja kahwin Mira ini dan buat Mira semoga berbahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Illusioniststudio, IG Mira Filzah, IG Inaijari, IG Emiraa2020

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..