” Mudah-mudahan kami dapat jadi mertua yang baik.. ” – Ustazah Norhafizah Musa

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Video Majlis Pernikahan Anakanda Tersayang. Pandangan Kasih Ustazah Pada Anaknya Ketika Saat Hendak Dinikahkan Sangat Menyentuh Hati !!

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa cukup dikenali sebagai penceramah yang menuturkan kata-kata nasihat dengan penuh kelembutan. Siri ceramah beliau sering mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana cara penyampaiannya yang lembut dan penuh hikmah.

Ustazah merupakan isteri kepada Ustaz Dr Azahar Yaakub, yang juga pengerusi dan penasihat bagi maahad tahfiz mereka di Gombak. Ibu kepada 7 cahaya mata ini juga sering dilihat di kaca televisyen dalam rancangan slot keagaamaan seperti Forum Perdana di TV1, Al Hidayah TV3 dan alain-lain.

Ustazah bukan sahaja seorang penceramah, ustazah juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Ustazah juga berjaya menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) pada usia 43 tahun. Ustazah juga dianugerahi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol pada 2018.

Semalam telah berlangsung majlis pernikahan secara tertutup anakanda Ustazah di Dewan Perdana Indera. Doa yang dititipkan di akaun instagram milik Ustazah cukup menyentuh hati yang membacanya. Manakan tidak, anak gadis yang selama ini ditatang dengan penuh kasih sayang telah menjadi milik orang. Kesediaan Ustazah dan Ustaz untuk menjadi mertua yang baik sangat menyentuh rasa netizen.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada keluarga Ustazah. Antara komen-komen :

” Alhamdulillah. tahniah ustaz & ustazah dpt menantu. Moga cinta pasangan mempelai kekal hingga ke Jannah.. Aaamiin ya Mujib.. “

” Ya Allah tgok wajah ustazah nih berseri2 sgt suka tgok ustazah.. MasyaAllah.. Tahniah Ustazah dan Ustaz.. “

” Aamiin³ ya Rabbal Alamin.. Tahniah ustazah n ustaz spt menantu yg baik akhlaknya Soleh amal nya.. Aamiin.. “

” Tahniah ustazah dan ustaz.. dapat menantu.. semoga membina rumahtangga yg sakinah mawaddah warahmah.. “

” Tahniah ustazah… Semoga Allah memberkati perkahwinan anakanda ustazah.. barakallah, saya pulak yang rasa syahdu.. “

” Alhamdulillah ustazah comey duk tahan seb4kk… dapat menantu dh muda lgi.. Alhamdulillah.. “

” Tahniah ustazah.. inshaallah akn jd mertua yg baik dn dpt membimbing anak serta menantu… “

Syahdu melihat sekitar majlis pernikahan. Semuanya berlangsung secara tenang dan sederhana. Semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia sehingga ke syurga, membentuk keluarga mawaddah warahmah. Semoga keluarga Ustazah senantiasa di bawah lindungan kasihNya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ustazah Norhafizah Musa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..