” Lawa sangat, lain daripada yang lain. Ni macam Elsa muslimah.. ” – Netizen

Fesyen Busana Pengantin Mira Filzah Dapat Pujian Ramai. Rupanya Ini Sebabnya Mira Memilih Untuk Memakai Seluar !!

Pemilihan busana pengantin adalah sangat penting dalam menjayakan hari bahagia buat bakal raja sehari. Begitu juga buat pelakon Mira Filzah di mana ketiga-ketiga majlis perkahwinannya telah menunjukkan rekaan baju berbeza bagi setiap majlis.

Ketiga-tiga busana pengantin Mira telah menarik perhatian ramai dan menjadi bualan di media sosial. Untuk majlis resepsi Mira pada hari ini, dia telah memilih busana pengantin yang kelihatan begitu berbeza kerana Mira memilih untuk memakai seluar.

Rekaan busana Mira dilihat berbeza dan unik sekali. Mira telah menggunakan khidmat pereka fesyen Ricorinaldi untuk busananya kali ini. Walaupun nampak ringkas namun tetap nampak menawan apabila Mira menyarungkan pakaian tersebut.

Menerusi akaun Instagram, pereka fesyen Ricorinaldi telah berkongsi mengapa dia memilih untuk memakai seluar buat Mira kerana majlis tersebut dilangsungkan secara santai dan mempunyai beberapa permainan yang memerlukan penglibatan pengantin.

Jom tonton video di bawah :

(Kl1k butang KANAN -> untuk melihat video seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji rekaan busana pengantin Mira yang dilihat begitu unik. Antara komen-komen mereka :

” Ini yang paling cantik .. Well done Rico ! Thank you .. “

” Cantik sgt… ade seluar tu… love.. The color n design so w0www..  “

” Yup nampak sopan even pakai seluar sebab c0ver dengan skirt tu.. “

” Lawa sangat. Lain drp yg lain .. Ni mcm Elsa muslimah la rico very nice.. “

” Cantik ok that outfit fr Mira & also Emir! Good job team RR .. “

” Super like idea seluar tu.. Sopan tetap jaga , Well done rico, cantik sgt, nampak fresh, class dan stunning! “

Sememangnya ketiga-tiga busana pengantin Mira sangat cantik dan tidak mustahil akan menjadi trend buat bakal pengantin pada masa akan datang. Akhir kata, semoga Mira Filzah sentiasa bahagia menjalani kehidupan berumah tangga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Thericorinaldi, Inai Jari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..