” Somb0ng juga Tok Ram ni ye. Main phone sampai tak layan kita.. ” – Zizan Razak

Zizan Razak Berkongsi Video Seorang Yang Seiras Dengan Dato’ Ramli MS. Ini Respon Win Daripada Tok Ram. Eh Memang Seiras Lah, Ingatkan Kembar Tok Ram Tadi !!

Sebut sahaja nama Zizan Razak, pasti semua orang akan mengenalinya tidak kira peringkat usia. Pelawak yang serba boleh ini sering membuat peminat tidak kering gusi ketawa melihat aksi lawak bersahajanya ini. Zizan seorang yang sangat ceria, walaupun sedang serius wajah zizan tetap nampak kelakar.

Umum mengetahui selain menjadi pelawak, Zizan juga telah memperluaskan lagi kerjaya seninya. Zizan telah mencuba bakat dalam bidang pengacaraan, lakonan dan juga nyannyian. Salah satu rancangan yang dihoskan oleh Zizan ialah rancangan bual bicara berjudul Jozan.

Pelantun suara untuk lagu Bawaku Pergi ini juga sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Zizan telah mengeluarkan beberapa single nyanyiannya. Antara single yang mendapat sambutan menggalakkan dari peminat muzik tanahair ialah Selamat Tinggal, Infiniti Cinta dan terbaru feat antara Zizan dan Ismail Izzani berjudul Berserah.

Menjengah ke laman instagram milik Zizan, kita dapat melihat satu video posting terbaru daripada Zizan. Video menunjukkan seorang lelaki berwajah mirip dengan seorang Komposer Muzik Terkenal iaitu Dato’ Ramli MS atau mesra dipanggil Tok Ram. Alahai sempatlah Zizan mengusik Tok Ram.

Mari kita lihat video yang dikongsi oleh Zizan Razak ini :

Video yang dikongsi oleh Zizan ini juga mendapat balasan komen daripada Tok Ram, mari kita lihat komen daripada Tok Ram :

Selain komen daripada Tok Ram yang sentiasa bersikap terbuka ini , video ini juga mendapat komen daripada rakan artis dan juga netizen. Antara komen-komen mereka ialah :

” Geram betul lah zizanggg nih!.. ” – Elizad Sharifuddin

” Hahahaha ngucap aku zan.. ” – Achey Kintangkintung

” Hang s1alla hahahhahahahha.. Aku mengek3k wei. Tok ram tengah frustt tu.. ” – Azad Jasmin

” C0py ori ni tok ram, tak leh tengok gelak tak sudah.. “

” Hahaha mat12 sekali pandang ingatkan Tok ram.. “

” La ingat Tok Ram, dalam hati ngape gitu lak tak layan member.. “

” Biar kan dia. Kang dia buat on4r lg susah.. Tak peee kite cari kembar 7 zizang pulak.. ”

” Lama tak dengar Tok Ram cakap ku4ng aj0r.. Tah1 lalat pun sama wei. Berdek4h gelak.. “

Alahaii Zizan ni memang tak habis-habis, suka betul menyakat orang. Betullah kata orang dalam dunia ini ada tujuh orang yang berwajah serupa. Inilah salah satunya yang dikatakan pelanduk dua serupa itu. Apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Zizan sentiasa maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..