” Pintarnya Ayden, lucunya mengajar, ulang-ulang tengok.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Bella Astillah, Ayden Adrean Mengajar Abang Sepupunya Menyebut Perkataan Vanilla Buat Ramai Terhibur. Part Ayden Menyebut Vanilla Jadi Bunyi ‘VANIGHAA’ Tu Memang Menjadi Sangat, Wahhh, Pandai Ajuk Ye Ayden !!

Penyanyi dan pelakon genit Bella Astillah bukanlah nama asing. Malah cukup terkenal di kalangan peminat bersama dengan suaminya Aliff Aziz. Umum mengetahui, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean. Kini Bella sedang menunggu masa untuk kelahiran cahaya mata keduanya.

Mohamad Ayden Adrean adalah si cilik intan payung dan anak kesayangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Dipanggil dengan panggilan mesra Ayden, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga tahun. Ayden dilahirkan pada 8 Julai 2017. Merupakan seorang anak yang ceria dan periang.

Gelagat dan keletah Ayden seringkali dikongsikan Bella, sama ada di laman Instagram miliknya atau pun milik anaknya Ayden Adrean. Melihat gambar dan video yang dikongsikan Bella, ramai yang ger4m dengan wajahnya yang comel. Kini Ayden sudah pun mempunyai 216 ribu followers.

Ayden Adrean yang memiliki Instagramnya sendiri, memudahkan Bella berkongsi gelagat Ayden untuk peminatnya. Terbaru, menerusi laman Instagram Ayden Adrean sebuah video ringkas telah dimuatnaik. Video tersebut menunjukkan Ayden sedang mengajar abang sepupunya yang bernama Aidil untuk menyebut perkataan Vanilla.

Menurut Bella, Aidil tidak boleh menyebut huruf R dan L dengan baik. Ianya bermula apabila Ayden terdengar Aidil menyebut dengan berbunyi ‘ VANIGHAAA’ ( Vanilla ). Oleh sebab itulah Ayden cuba mengajar Aidil menyebut vanilla. Gelagat Ayden mengajar sangat comel.

Jom tonton video comel Ayden di bawah ini :

Video Ayden mengajar Aidil menyebut perkataan Vanilla mendapat pujian daripada netizen. Mereka menyatakan Ayden sangat bijak. Ini antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah bijak betul Cinta Hati Junior umi wan ni !!! Dah nak jadi abang kan so lebih bijak dia !! “

” Bijaknye makin nak dapat adek makin bijak alhamdulillah.. “

” Pintar Ayden, Tapi lucu ba mngajar.. “

” Berulang kali tengok video ayden adrean  nape cute sangat, Suara dia tuu.. “

” Omg i keep repeat it soooo many time cause ayden so cutieee.. “

Wah, wah  Ayden pandai sungguh mengajar orang ye. Comel sungguh gaya Ayden mengajar Aidil. Deangan suaranya yang serak-serak basah itu, kelihatan jelas sekali bila menyebut Vanilla. Apa pun, semoga Ayden Adrean dan Aildil terus membesar dengan baik, cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean, Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..