” So impress dengan Wira ni, clever boy.. ” – Netizen

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira ‘ Mengajar ‘ Betty Bahasa Mandarin Raih Pujian Peminat. Wah Pandainya Wira Ni, Baru Ikut 3 Kelas Dah Boleh Jadi Laoshi. Menulis Pun Pandai, Bagus Sangat !!

Sebut sahaja nama Ardy Wira, pastinya warganet akan terbayangkan anak Betty Rahmad yang pemurah dengan senyuman ini. Hanya berbaki sebulan sahaja lagi Wira bakal berusia 4 tahun dan pada usianya ini, Wira sudah banyak belajar.

Meninjau akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Wira mengajar Betty bahasa Mandarin. Kata Betty, Wira telahpun mengikuti 3 kelas bersama seorang pengajar bernama Na laoshi dari Fasih Mandarin.

Setakat ini Wira sangat enjoy dengan kelas Mandarinnya itu dan suka belajar bahasa barunya itu. Video ini agak panjang dan ujar Betty ini untuk kenangan buat Wira. Sudah pandai mengira dari nombor 1 sehingga angka bawah 20, Wira memang cepat mengingati.

Tidak itu sahaja, Wira juga telah pandai menjawab soalan asas seperti namanya dalam bahasa Mandarin. Dapat dilihat juga dalam video ini, Wira sudah boleh menulis nombor dalam bahasa Mandarin. Cuma untuk nombor 6 agak rum1t untuk Wira.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Betty ini telahpun meraih hampir 6 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” So cute and clever boy Wira. Alhamdulilah pandainya your little laoshi.. baru 3 classes.. Wira 真棒 zhēn bàng.. “

” So impress dgn wira nie.. clever boy.. aunty doakan wira dpt membanggakan ibubapa wira nnti berjaya dunia akhirat.. “

” Bijak nya anak soleh ni.. anak2 ni mcm sponge, senang belajar. Klau kita yg dah senior, hari ni belajar, besok lupa.. “

” Wira anak yg sangat pintar. Love Wira so much.. eeeeeee ger4m. bijakkkkkkkk sangat. Nak belajar dengan wira lah macam ni.. “

” Alaaa macam gentleman je dia ni besor nanti. pinjam sehari hehe Smart boy laaaaaa. anak bertuah pandainya.. “

” Omg little laoshi is so cute. Xie xie laoshi posted so cute video and I love to watch your video. Clever boy la wira.. “

” Part “complicated” tu chomellllll haha. well done Wira. Wira budak bijak. Dari kecik dah nampak. Bagus wira.. “

Anak kecil seperti Wira sememangnya mudah untuk menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka. Sel otak sedang berkembang dan ia memudahkan untuk Wira belajar. Semoga Wira membesar menjadi seorang yang bijak dan pakar dalam banyak bahasa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..