” Masuk air betul dorang ni, haha.. ” – Netizen

Video Noorkhiriah Bertemu Dato’ Fizz Fairuz Ketika Menonton Perlawanan Bola Di Stadium Buat Warganet Terhibur. Pakat Lawan Record Video Pulak. Kalau Tak Buat Lawak Memang Tak Sah Dua Orang Ni, Hehe !!

Sebelum ini Dato’ Fizz Fairuz telah berkongsi beberapa video telatahnya mengus1k Noorkhiriah ketika mereka sedang berlakon dalam sebuah drama dan video-video yang dikongsikan itu telah menghiburkan ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Khiriah telah berkongsi Khiriah bersama suami dan anaknya telah pergi ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. Namun tidak disangka Khiriah telah berjumpa Dato’ Fizz Fairuz yang turut hadir menonton perlawanan tersebut.

Ada yang telah merakamkan telatah Khiriah dan Dato’ Fizz Fairuz ketika bertemu. Dilihat sekali lagi Dato’ Fizz tidak henti-henti menyak4t Khiriah. Bahkan pada hujung video, Khiriah dan Dato’ Fizz saling merakam video antara satu sama lain.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan suka melihat melihat keakraban Khiriah bersama Dato’ Fizz Fairuz. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Khiriah itu telah menerima lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa dan terhibur melihat video Khiriah bertemu Dato’ Fizz di stadium. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ni ada dalam scene jugak ke nanti dalam drama mengkome yob… Hehehehe lawak betul perangai masing-masing.. “

” Masuk air betul dorang ni, haha. Ingatkan berlakon ja kelakar, kat luar pun sama2 kelakar juga, hehe.. “

” Hahaha dirakamnya Pidoh tengah tengok bola, sama2 rakam pula tu, haha tak buat perangai memang tak sah lah korang ni.. “

Wah tak sangka Khiriah juga suka menonton perlawanan bola sepak. Apa-apa pun terbaik lah Khiriah dan Dato’ Fizz Fairuz selalu menghiburkan peminat dengan perangai ‘masuk air’ mereka. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati ramai.

Umum mengetahui yang Khiriah mahupun Dato’ Fizz Fairuz antara pelakon yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan hampir semua hasil lakonan mereka pasti mendapat pujian daripada penonton.

Silakan SHARE..

Sumber : IG khiriah17, fizzfairuzofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..