” Sis pregnant ke. Comelnyee.. “

Isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya Kongsi Gambar Di Instagram Namun Perutnya Yang Menjadi Perhatian Netizen. Tahniah Diucapkan Jika Sudah Berbadan Dua !!

Pastinya ramai mengenali Rizman Nordin yang merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal di Malaysia dan dalam kalangan artis-artis Malaysia. Rizman juga pereka fesyen kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai. Kedua-dua mereka sering menghasikan rekaan yang eksklusif dan elegan sehingga sentiasa menjadi pilihan artis-artis popular serta isteri-isteri tokoh kenamaan.

Beliau telah memilih seorang gadis bernama Nurida Suraya sebagai teman hidupnya setelah setahun mengenali  hati budi. Pasangan ini telah berkahwin pada 13 September 2019 selepas mengikat tali pertunangan pada 6 Jun tahun yang sama.

Menerusi akaun Instagram, Nurida berkongsi gambar-gambarnya bersama Rizman di sekitar Majlis Pembukaan Butik Loubontin World. Ia merupakan butik yang pertama dibuka di Malaysia. Nurida dan Rizman dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.

” Congratulations @Louboutinworld on the opening of the First Boutique In Malaysia! Thank you for having us! Makeup : @ahma_dani Hairdo: @yusofruzaimi Dress by: @rizmanruzaini #louboutinworld “

Namun melalui gambar yang dikongsikan rata-rata netizen tertanya-tanya adakah isteri Rizman sedang mengandung. Antara komen-komen mereka :

” Baby bump ke tuuu.. “

” Sis prgnnt ke.. comelnyee.. “

” Mcm ada baby bump.. “

” Mcm nmpk baby bump laa hehe.. “

” Sy perasan masa nmpak ig stroy rizalman.. Nmpak jalan dia pun mcm org preggy. Hehe.. “

” Kan perasan mcm tu la amin yra.. “

” Bnyk jgk gmbr yg nmpk…  Hope btl2 amin… “

Walaupun ramai netizen tertanya-tanya sama ada Nurida sudah berbadan dua atau tidak, tiada sebarang respon balas daripada Nurida sehingga kini. Kita doakan yang baik-baik sahaja jika benar Nurida kini sedang mengandung semoga beliau menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurida Suraya by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..