” MasyaAllah, comel betul Azura. Ada iras abangnya 0sama.. “

Gambar Terkini Wajah Anak Dato’ Jamal Abdillah, Nur Azura Yamani Yang Berusia 3 Bulan. Ya Allah, Comel Dan M0ntel !!

Raja Pop Malaysia iaitu Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Beliau memulakan karier nyanyian pada tahun 1979 sehingga kini masih lagi aktif.

Dato’ Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun ketiga-tiga usia perkahwinannya tidak berkekalan lama. Beliau telah berkahwin buat kali keempat dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017.

Perkahwinannya ini dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Nur Azura Yamani. Dato’ Jamal mempunyai dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani dan
Ahmad Zaki Yamani.

Menerusi akaun Instagram isterinya, gambar terkini Azura telah dikongsikan. Azura dilahirkan pada 10 Oktober 2019 dan kini sudah pun berusia 3 bulan. Wajahnya yang comel dan m0ntel telah menarik perhatian netizen. Alahai, comel sangat ni !

” Dah 3 bulan da #nurazurayamani .. Alhamdullilah syukur.. semoga membesar dgn sihat ye yayang momi.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Azura yang seiras abangnya, Osama. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah.. comel betul Azura.. ada iras abgnya 0sama.. “

” Comelnyaaa.. teringin gak nak baby girl comel cam Azura ni… gebu.. “

” Ger4mnya dgn puteri kesygan Dato dan Datin.. Comel dan bulat muka dan matanya.. “

” Comelnya baby Azura.. “

” Sebijik muka 0sama versi girl.. “

” Comelnya Azura.. Putih melepak.. “

Ger4m melihat kecomelan Azura. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azura membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Pastinya kehadiran Azura menceriakan kehidupan Dato’ Jamal dan isteri.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zetty by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..