” Setiap kali saya sedih, saya selalu cakap jangan anggap Raudhah sebagai beban mama.. “

Datin Shahida Rashid Kongsi Video Majlis Kesyukuran Anaknya Raudhah Arshiyah, Namun Luahannya Buat Peminat Menitikkan Airmata. Kekuatan Dan Keteguhan Seorang Ibu !!!

Siapa tidak kenal Datin Shahida Rashid, isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Malaysia, Dato Aliff Syukri. Empayar perniagaan mereka yang melebar hingga ke negara jiran membuatkan pasangan ini tersohor dan menjadi antara yang terkaya di Malaysia.

Datin Shahida menikahi Dato Aliff ketika beliau berusia 22 tahun setelah perkenalan mereka ketika bekerjasama di dalam satu iklan syampu. Siapa sangka dari seorang rakan sekerja akan membawa mereka ke jinjang pelamin dan membina keluarga bahagia.

Datin Shahida sudahpun dikurniakan 5 orang cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadeeja El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Raudhah adalah puteri bongsunya yang baru sahaja dilahirkan pada bulan Disember tahun lalu.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida telah kongsikan video semasa Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul puterinya, Raudhah Arshiyah. Namun kapsyen Datin Shahida mengundang rasa sebak peminat. Kekuatan seorang ibu yang tidak dapat digambarkan dengan harta dunia.

Jom tonton video di bawah :

” Kelahiran Raudhah besar makna bagi saya!!.. “

” Mungkin ramai tak tahu sewaktu megandung raudhah besar dug4an saya… Apatah lagi selepas balik haji ujiannya makin besar…… Selalu saya nangis mungkin bila pregnant ni sensit1f….. Tapi kekuatan saya adalah anak dalam kandungan saya .. Raudhah… ”

” Setiap kali saya sedih saya selalu cakap jangan anggap raudhah sebagai beban mama … Sebenarnya megandungkan raudhah adalah kekuatan saya …… Saya kuat sebab ada ny4wa dalam rahim saya… Raudhah juga istimewa sebab dalam kandungan 6 bulan dia dah ikut saya menunaikan haji….. “

” Majlis Kesyukuran raudhah ni saya buat sebab saya terlalu bahgia dengan kehadiran raudhah dalam hidup saya… Betapa bersyukurnya saya dengan kurniaan Allah pada saya… “

” Mudahan menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa serta semua orang di sekelilingnya dan mempunyai akhlak yang seindah namanya RAUDHAH ARSHIYAH BT ALIFF SYUKRI.. “

View this post on Instagram

mungkin ramai tak tahu sewaktu megandung raudhah besar dugaan saya…apatah lagi selepas balik haji ujiannya makin besar……selalu saya nangis mungkin bila pregnant ni sensitif…..tapi kekuatan saya adalah anak dalam kandungan saya ..Raudhah…setiap kali saya sedih saya selalu cakap jgn anggap raudhah sebagai beban mama …sebenarnya megandungkan raudhah adalah kekuatan saya ……saya kuat sebab ada nyawa dalam rahim saya…raudhah juga istimewa sebab dalam kandungan 6 bulan dia dah ikut saya menunaikan haji….. . Majlis Kesyukuran raudhah ni saya buat sebab saya terlalu bahgia dgn kehadiran raudhah dalam hidup saya…betapa bersyukurnya saya dengan kurniaan Allah pada saya… . Mudahan menjadi anak yg solehah,taat pada perintah Allah dan menjadi anak yg membahagiakan ibu bapa serta semua orang di sekelilingnya dan mempunyai akhlak yg seindah namanya RAUDHAH ARSHIYAH BT ALIFF SYUKRI

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sebak pulak tengok datin. I feel you masa pregnant banyak dug4an. Dah pernah rasa.. Baby la kekuatan masa tu untuk kuat.. “

” Anak hebat… Sehebat namanya dan kekuatan mamanya… InsyAllah Datin… “

” Semoga raudhah membesar menjadi anak yang baik dan solehah.. Tak tahu kenapa sedih tengok video ni.. Mungkin sebab peng0rbanan seorang ibu.. “

” Anak yang membuat datin kuat bertahan.. Alhamdulillah.. Semoga mengantar kedua orang tua ke Jannahnya.. Aamiin yra.. “

” Moga jadi anak yang solehah Raudah.. “

” Saya melihat dugaan yang datin hadapi dan betapa kuatnya datin melawan gel0ra hati.. Semoga Allah sentiasa bersama datin aamiin.. “

Kuatnya seorang yang bergelar ibu. Kekuatan yang tidak mampu dinilaikan dengan segala wang permata. Walaupun didug4 dengan pelbagai dug4an dan r1ntangan, Datin Shahida sudahpun berjaya mengharunginya demi Raudhahnya yang tercinta.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raudhah akan menjadi anak yang solehah dan berguna untuk kedua ibu bapa dan moga segala impian Datin Shahida akan dimakbulkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..