” Besar nanti tak jadi penyanyi jugak tak tahu lah. Hahaha.. “

Video Anak Sulung Fizz Fairuz, Arianna Menyanyi Lagu Ernie Zakri Buat Netizen Terhibur. Alahai, Cute Sangat Suaranya !!

Pasangan selebriti iaitu Almy Nadia dan Fizz Fairuz merupakan salah seorang pasangan selebriti yang sering menjadi perhatian. Almy telah berkahwin dengan pelakon Fizz Fairuz pada tahun 2004. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang comel.

Nama permata hati pasangan ini ialah Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora dan Nur Afrina Ayra. Almy kini sedang mengandungkan anak mereka yang keempat. Sejak mendirikan rumah tangga, Almy sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Beliau tidak aktif lagi dalam industri hiburan kerana memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Kali terakhir beliau berlakon untuk drama dan filem ialah pada tahun 2010 iaitu filem Empat Madu dan drama Janji Kekasih.

Menerusi akaun Instagram, Fizz berkongsi video anak sulungnya, Arianna menyanyi lagu Ernie Zakri berjudul Ku Bersuara. Gaya Arianna menyanyikan lagu tersebut telah mencur1 perhatian netizen kerana gayanya yang penuh perasaan. Jom tonton video di bawah :

Besar tak jadi penyanyi jgk tak tahu lah… ingat nk suruh jd doctor ke, cikgu jer, manager ke, ceo ke, hahahaha.. ikut la nakkk… papa ok jer… “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Arianna menyanyi. Antara komen-komen mereka :

” Haha.. gaya mesti lebih.. “

” Gaya bila nyanyi sambil dengar earphone .. comel sgt laa.. ger4m aih.. “

” Seronok tguk gelagat dia org… “

” Comel je kakak.. Srnok dpt ank yg dpt mghiburkan nie.. “

” Sedap suaranya Dato.. “

” Cute nye suara pn sedap didengar. dia ikut ibu dia Sorg penyanyi.. “

” Amboiii kmainnn ye kakak.. “

Wah, nampaknya anak sulung Fizz ada bakat besar untuk jadi penyanyi. Comel sangat Arianna dengan penuh gaya dia menyanyikan lagu tersebut. Pada yang selalu mengikuti Instagram Fizz pastinya terhibur melihat gelagat anak-anaknya yang beliau selalu kongsikan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, Almy Nadia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..