” Tengah best menari, mama masuk kena mar4h. Hahaha.. “

Video Anak-Anak Fizz Fairuz Menari Muzik Dangdut Buat Netizen Terhibur. Amboi, Pandai Si Kakak Gelek Yer !!

Fizz Fairuz merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga seorang ahli perniagaan. Pada awal kerjayanya dalam bidang seni ialah sebagai pelakon lagak nger1. Kemudiannya beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon profesional dalam drama berjuduk Dua Hati.

Nama Fizz mula dikenali ramai selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih bergandingan bersama Tiz Zaqyah. Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang comel.

Almy Nadia kini sedang berbadan dua untuk anak yang keempat. Pada 27 Januari 2018, Fizz telah menerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar. Fizz dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi akaun Instagram, Fizz Fairuz berkongsi video anak-anaknya menari di dalam kereta. Beliau memasang lagu dangdut dan gelagat ketiga-tiga anaknya menari begitu menghiburkan. Namun apabila Almy Nadia datang masuk ke dalam kereta terus semua berhenti menari. Alahai comelnya !!

Tonton video di bawah :

” Tgh best2 menari mama masuk hahahahaha kena mar4hhh hahahaha.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat tiga beradik ini menari terutamanya kakak yang sulung. Antara komen-komen mereka :

” Hahha.. Happening sgt kakak tu.. “

” Comeinya.. especially si kakak tu kemain menari.. “

” Comel lah kakak menari…. happening habis… “

” Amboi yg belakang tu kemain dia menari.. Hahaha.. “

” Hahaha. Comel ye anak2 abg Fizz ni suka naw tgok telatah dorg.. “

” Papanya melayan jek. Dah 4 perempuan termasuk wife dlm rumah mcm mn lah klu tetiba dpt lelaki lps ni kan. Jadi gang papa lah.. “

” Aduhhhh.. kakak tu goyang boleh tahan @fizzfairuzofficial… ngan rambut kerintingnya… so cute.. “

” Yg belakang sekali, sooo talented.. goyang be4t pn tepat.. “

Alahai, comel sangat ketiga-tiga anak Fizz Fairuz ini menari. Ger4m melihat aksi mereka bertiga. Semoga Arianna,  Aurora dan Ayra membesar menjadi anak yang bijak, solehah dan anak yang berjaya di dunia dan di akhirat supaya dapat menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, Almy Nadia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..