” Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar.. ” – Ernie Zakri

Akhirnya Ernie Zakri Buka Mulut Mengenai Percintaannya Bersama Syamel Dan Tarikh Kahwin Mereka. Alhamdulillah Sesuai Sangat !!

Siapa tidak kenal penyanyi bersuara lant4ng Ernie Zakri. Bukan baru sehari dua beliau menceburkan diri dalam industri suara tanahair malahan penglibatan sudah bermula sejak umur belasan tahun lagi. Ernie juga adalah juara Bintang RTM 2009.

Namanya mula menjadi sebutan setelah gandingannya bersama Syamel dalam program Duo Star berjaya mengondol gelaran juara. Peminat sememangnya tahu hubungan akrab antara Ernie dan Syamel. Lagu duet mereka Aku Cinta semakin menaikkan populariti Ernie dan Syamel.

Sebelum ini Ernie menafikan hubungan istimewanya bersama Syamel dan menyifatkan mereka hanya berkawan baik. Semenjak PKP yang lalu, mereka sering membuat video Tik T0k bersama membuatkan peminat semakin menyukai dan mendoakan semoga mereka berjodohan.

Lihat sahaja kej0tan hari lahir Ernie bulan lepas, sweet dan special sungguh cara Syamel buat Ernie menitiskan airmata. Setelah lama berteka-teki, akhirnya Ernie mengakui mereka adalah pasangan kekasih. Pastinya ramai peminat Ernie gembira dengan perkhabaran ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ernie memaklumkan sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga tahun depan. Calonnya tidak lain dan tidak bukan adalah Syamel. Memandangkan hanya beliau seorang sahaja yang masih belum berumahtangga dalam keluarganya, Ernie merasakan tahun depan adalah masa yang sesuai.

Pinta Ernie cuma doa daripada peminat supaya semuanya dipermudahkan. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Ernie dan Syamel. Semoga segala yang dirancangkan berjalan mengikut perancangan, diredhai Allah dan berlanjutan hingga ke jinjang pelamin. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ernie Zakri, Portal Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..