” Seri0us sedap suara, suka sangat dengar lenggok tu.. ” – Netizen

Kemerduan Suara Fatin Afeefa Menyanyi Lagu Tak Ingin Usai Dendangan Asal Keisya Levronka Raih Pujian Peminat. Setahun Tak Buat Cover, Suara Tu Maintain Lunak Je !!

Nama Fatin Afeefa sudah lama bertapak dalam industri. Mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak masih kanak-kanak lagi, figura ini mesra dengan panggilan Afeefa juga popular sebagai model untuk banyak produk.

Meninjau akaun Instagram Fatin Afeefa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Afeefa membuat cover lagu Tak Ingin Usai yang didendangkan oleh penyanyi negara jiran Indonesia, Keisya Levronka.

Cover ini turut menggandingkan Afeefa bersama Fatin Afeeqah. Lunak dan merdu, itu yang diperkatakan oleh peminat setelah mendengar paduan suara ini. Kata Afeefa, ini nyanyiannya selepas setahun dia tidak membuat cover lagu.

Gemersik dan mendayu-dayu suaranya baik Afeefa mahupun Fatin Afeeqah. Sebelum ini, peminat pernah disajikan dengan nyanyian Afeefa bergandingan bersama Nazim Othman dan ianya juga mendapat perhatian ramai peminat.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Afeefa ini telahpun mendapat lebih 7 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Serious sedap suara, suka sangat dengar lenggok tu. Lembut dan lunak merdu, ulang ulang tengok.. “

” Dah tengok full, sedapnya suara dia. Love sangat dengar suara korang, cantiknya lah 2 ketul ni.. “

” Aww sukanya dengar, bestt sangat suara Afeefa. Both suara pun best, love sangat suara dedua ni.. “

” Sangat favourite lagu ni. So beautiful and cute as always lah Fatin Afeefa ni.. merdu betul suara, tak puas dengar.. “

” Sedap g1la, haihh macam kembar dah muka. Lepas ni bolehlah cover lagu Anggapanmu okey.. “

” Finally kak Afeefa cover jugak lagu ni. Merdunya suara, mantap boleh la keluar single lepas ni.. “

” Sedapnya suara 2 beradik ni. Sekali buat cover, setahun kenyang hehe.. Sedap suara Afeefa, merdu dan soothing je. Feeling betul muka tu, penuh penghayatan.. “

Afeefa sememangnya memiliki suara yang sedap dan setiap kali Afeefa berkongsikan nyanyiannya pasti menjadi tumpuan. Apa-apa pun, semoga Afeefa sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan selamat maju jaya.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fatin Afeefa, Youtube Channel Fatin Afeefa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..