” Dah macam nak pergi buat konsert dia punya suara.. ” – Netizen

Video Wafariena Roslan Menyanyi Lagu Ella Tarik Perhatian Warganet. Wow Semangat Betul Wafa Menyanyi, Merdu Suara !!

Nama pelakon Wafariena Roslan mula dikenali setelah membintangi drama Tujuh Hari Mencintaiku 2. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, gadis yang mempunyai dagu bel4h ini juga sangat berbakat dalam bidang lakonan.

Bukan itu sahaja, rupanya Wafariena atau lebih dikenali dengan panggilan Wafa turut mempunyai minat dalam bidang nyanyian. Sering berkongsi video membuat cover pelbagai lagu, perkongsian video oleh Wafa sering mencur1 perhatian para peminatnya di akaun Instagram.

Terbaru, Wafa telah memuatnaik satu video sedang menyanyi ketika memandu kereta. Pada kali ini, lagu yang dinyanyikan oleh Wafa adalah lagu nyanyian asal oleh penyanyi Ella yang bertajuk ‘ Tinggal Tanda Tanya’.

Sekali lagi perkongsian video nyanyian Wafa telah mendapat perhatian. Ada yang menyatakan yang suara Wafa seperti suara Ella yang serak serak basah. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 74 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Wafa dalam video dan dalam masa yang sama terhibur dengan gaya Wafa yang begitu bersungguh-sungguh menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :

” Asal tak pakai botol tu untuk acahhh2 cam Mike gituy heahehee. Sedap suara Wafa, tak jemu tau dengar.. “

” Sedapnyaaa suaraa sis. Sis, ko buat konsert ke dlm kete. Apa2 pun mantap, penangan wafajelly ke ni, hehe.. “

” Power lah, menyanyi dalam kereta memang best kalau macam ni. Mana tahu nanti boleh keluarkan single.. “

” Best tengok Wafa nyanyi, suara pun dh macam ala2 Ella. Serba lengkap Wafa, berlakon pndai, nyanyi pun sedap.. “

” Mantap Wafa nyanyi, time drive memang rase power karok, sy pon rase mcm tu. Btw mantap suara Wafa.. “

” Cmni Pas Samad tengok pun bgetar lutut dia, sedap betul suara Wafa, hehe melawak je, jangan mar4h tau.. “

” Kak Wafa tknk buat single lagu ke, suara akak sedap. Mantap laaa boleh g jauh ni bakat nyanyian Kak Wafa.. “

Bersemangat Wafa nyanyi, sedap pula tu, memang patut lah ramai yang puji. Mana tahu pada masa hadapan, rezeki Wafa menjadi penyanyi pula. Apa-apa pun, semoga Wafa terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan segala urusan Wafa sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG wafarienaroslan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..