” Kenapa masa kecil muka macam akak-akak.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Semasa Berusia 9 Tahun, Wajah Iman Troye Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Part Hidung Dengan Bibir Tu Memang Nampak Berbeza, Tapi Tetap Cantik !!

Iman Troye merupakan penyanyi baru yang namanya mula meningkat naik. Antara lagu popular nyanyian Iman ialah Teman di mana muzik videonya telah mendapat sebanyak 20 juta jumlah tontonan di YouTube.

Meninjau ke akaun Instagram, Iman telah berkongsi sebuah video yang memaparkan wajahnya ketika berusia 9 tahun dan wajahnya yang terkini. Iman bertanya kepada netizen apakah perbezaan wajahnya dahulu dan sekarang.

Pelbagai respon yang diterima di ruangan komen. Ada yang menyatakan wajah Iman nampak berbeza pada bahagian hidung dan bibir. Ada juga yang bergurau menyatakan wajah Iman nampak berbeza kerana wajahnya yang terkini mengenakan solekan.

Sehingga kini, perkongsian video Iman ini telah menerima lebih daripada 49 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Biasalah apabila semakin meningkat dewasa, pastinya semakin pandai bergaya dan bersolek.

Jom tonton video di bawah :

Ada juga yang menyatakan wajah Iman nampak semakin muda apabila meningkat dewasa. Antara komen-komen yang diberikan :

” Kenapa masa kecik muka macam akak2 tapi bila dah akak2 muka macam baby face ahh gitchew. Bibir pun boleh lain ekΒ gurau gurau.. “

” Yang lainnya dulu tak mekap now mekap n masuk icsyvmy heheheh dan dah masuk dalam list my fave singer.. “

” Yang lainnya awak bukan milik saya.. tiba2 dh besor nama jdi toye.. Pipi…. Dan makin cun Iman.. make up dengan tak make up.. “

” Dari Kecil Sudah Mempunyai Kecantikan Seperti Itu Bila Besar Makin Cantik . Sump4h.. sayang kita tetap sama.. “

” Bezanya cuma awak pilih pilih lagi, pilih pilih lagi. bibir kak menawan.. cantiklah macam iman troye.. cun.. “

” Yg lain nye dulu takde troye. Tibe 2 dh besar ade troye kt hujung.. kadang2 kejujuran tu menyak1tkan , tpi kdg2 la.. “

” Lain macam kecomelan.. Tunjuk sikit muka tak makeup. hehe.. bezanya hidung dan bibir tapi tetap cantik.. “

Walaupun begitu, wajah Iman ketika kecil tetap comel. Semoga Iman Troye terus berjaya dalam industri hiburam tanah air dan melebarkan bakat nyanyiannya lebih jauh lagi. All the best buat Iman. InsyaAllah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Iman Troye

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..