” Seketul suara Tokti ni, ketawa pun nak sama.. ” – Netizen

Video Seorang Wanita Yang Bersuara Seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Perhatian Warganet. Eh Serupa Betul Lah, Masa Gelak Tu Pun Sama. Part Sebut ‘ Aafiyah, Sayang Ibu’ Tu Lagi Lah Sebijik Macam Suara Tokti !!

Semua orang mempunyai keistimewaan masing-masing yang dikurniakan oleh Yang Esa. Ada orang memiliki wajah yang cantik, ada pula yang mempunyai bentuk badan yang sasa dan ramping dan semua itu menjadi kebanggaan untuk diri masing-masing.

Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video dari akaun Tik T0k Hazieqira yang memaparkan seorang wanita bersuara mirip seperti penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Menjawab persoalan daripada salah seorang pengikutnya, Hazieqira diminta untuk menyebut ayat yang selalu diucapkan oleh DS Siti iaitu ‘ Aafiyah, sayang ibu ‘. Kata Hazieqira, dia memohon tiada ada yang mengut0k dan mengatakan dia try hard untuk men1ru suara DS Siti.

Mendengar sahaja suara wanita ini, memang sama suaranya. Anugerah Allah buatnya kerana memiliki suara yang lunak sebegini. Banyak lagi video-video lain yang dikongsikan di mana warganet dapat mendengar suaranya itu.

Jom tonton video di bawah :

Suara wanita ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Suara sebijik macam Dato’ Siti Nurhaliza. Tapi yang ni versi tokti selsem4 plus b4tuk plus dem4m hehe.. “

” Bestnya suara sis, sebijik suara tokti. Alhamdulillah anugerah terindah dari Allah. Takde try hard ke kep1t ke apa, memang sama sebijik.. “

” Seketul suara Tokti ni, suara sama sangat. Senyum pun dah macam tokti, cantik sis ni.. Ketawa tu pun nak sama tokti lah.. “

” Sebijik kembar suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Boleh tuju lagu tak hehe, kot suara nyanyi pun sama.. “

” Eh tersama lak suara sis dengan Tokti. comel lah sis ni, cuba nyanyi sikit lagu tokti kot sama jugak kan.. “

” Teruja pulak dengar suara awak sis, sama betul dengan suara tokti. Cuba try nyanyi lagu tokti sikit.. “

” Sebijik suara tokti, wajah pun ada iras-iras tokti. Kurniaan Allah, alhamdulillah. Nak dengar nyanyi boleh.. “

Ramai yang bersetuju suara wanita ini mirip dengan suara DS Siti. Kalau tak tengok video, boleh tertukar ni. Apa-apa pun, suara juga rezeki dan kurniaan daripada Allah. Next time bolehlah ‘payung’ video menyanyi pula ye sis.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, Tik Tok Hazieqira, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..