” Special betul tengok cara Betty dan suami raikan anniversary, moga till jannah.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 5 Tahun. Wah Bestnya Cara Keluarga Ini Raikan Hari Istimewa. Jarang Orang Sambut Anniversary Macam Ni, Memang Rare Lah !!

Selebriti Betty Rahmad ini memang dikenali ramai. Betty yang juga merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Erma Fatima sangat aktif di Instagram. Ada sahaja video perkembangannya dikongsikan buat tatapan para peminat.

Terbaru, Betty telah memuatnaik dua video yang memaparkan sekitar sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami tersayang, Ardy Damis. Tulis Betty, tahun ini sambutan hari bahagia telah di sambut di ruangan lapang atas bumbung rumah mereka bertemakan ‘camping‘ .

Menerusi video itu, pasangan ini telah mencipta kenangan mereka yang tersendiri dengan membuat pelbagai aktiviti. Namun, bukan mereka berdua sahaja, anak mereka iaitu Ardy Wira juga kelihatan ada bersama.

Betty turut menitipkan ucapan khas buat suaminya dan mendoakan agar rumahtangga mereka akan sentiasa bahagia. Sehingga kini, perkongsian Betty itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton perkongsian video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Betty dan turut memberikan kata ucapan serta doa buat Betty dan suaminya. Antara komen-komen menarik adalah :

” What a beautiful anniversary. May Allah protect your marriage and keep your family safe at all times with His Blessings and Mercy.. “

” Special betul tengok cara Betty dan suami raikan anniversary, moga till jannaH ya korang. Dari dulu memang suka dengan video keluarga Betty.. “

” Happy anniversary Betty dan husband.. Semoga kalian sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, bahagia bersama dunia & akhirat.. “

” U made me teared. Allahu Kak Betty.. U have e most precious gift. May Allah forever protect u and family from hell fire n jadikan kalian keluarga sakinah mawaddah warrahmah.. “

” How lovely. Happy wonderful anniversary to both of you. May your love lasts till Jannah. InsyaAllah. Amin.. “

” Subhanallah Wabihamdih.. Alhamdulillah selamat ulangtahun Betty dan suami, Ya Rabb peliharalah kasih sayang mereka moga berpanjangan.. “

” Happy Anniversary semoga kluarga Betty sentiasa sehat, semoga murah rezeki bahagia hingga ke akhir hayat Aamiin.. “

Wah memang menarik sambutan ulang tahun perkahwinan Betty tahun ni. Meskipun serba sederhana, ianya sangat bermakna. Apa-apa pun semoga selamat ulang tahun yang ke 5 buat Betty dan suami. Semoga ikatan perkahwinan kalian ini akan terus kekal bahagia selamanya, insyaallah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bettyrahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..